"Assalamualaikum." kedengaran suara seseorang memberi salam.
"Waalaikumussalam. Eh Puan Sri. Mari masuk." jemput Lana.
Puan Karmila melangkah masuk sambil memandang sekeliling mencari sosok seseorang.
"Where's she?" Tanya Puan Karmila dengan pandangan yang mendatar.
"Puan muda ada dalam bilik." beritahu Lana dengan sopan.
Dengan segera Puan Karmila malangkah masuk dengan riak wajah yang seperti menahan marah. Lana hanya diam memerhati dan mengiringi Puan Karmila ke bilik yang didiami Arisya.
Belum sempat dia membuka pintu bilik, dia memberi isyarat ke arah Lana supaya meninggalkannya di situ. Lana membongkok sedikit badan lalu dia bergerak ke bawah untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
Dengan perlahan, Puan Karmila melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan berhati-hati agar tidak mengganggu lena menantunya.
Dia bergerak ke arah katil lalu mengambil tempat di hujung katil sambil menatap lembut wajah kesayangan menantunya. Dia membelai lembut rambut Arisya dengan penuh kasih sayang.
Arisya terasa seperti terasa lena terganggu membuka mata perlahan. Apabila dia membuka matanya, matanya dihidang dengan raut wajah mama mentuanya.
"Mummy." panggil Arisya dengan suara serak.
"Ye sayang." jawab Puan Karmila lembut sambil tersenyum manis. Arisya yang bangun dari pembaringannya perlahan dan dibantu oleh mummy mentuanya.
"Bila mummy sampai? Maaf, Ari tak sedar." ujar Arisya dengan nada yang perlahan dan bersalah. Puan Karmila telrsenyum nipis sebelum dia menjawab.
"Mummy baru je sampai sayang. Takpe. Kamu okay tak Ari? Kenapa muka kamu pucat sangat ni." soal mummy berlagu risau. Selepas mendapat berita tentang keadaan menantunya terus dia bergerak ke rumah agam tersebut setelah mendapat keizinan suaminya.
"Ari okey je mummy. Just pening sikit. Mama jangan risau okey." jawab Arisya sambil tersenyum manis. Puan Karmila hanya diam membisu sambil merenung ke dalam mata menantunya.
"Lügen.(tipu)" ujar mummy dalam bahasa German dengan nada yang perlahan. Arisya hanya diam membisu. Dia faham akan maksud tersebut.
"Kamu dah makan? Kamu ada nak makan apa-apa tak?" tanya mummy mengubah topik.
"Emmm Ari teringin nak makan tomyam mummy." beritahu Arisya perlahan sambil menunduk kepala memandang keduanya tangannya. Puan Karmila tersenyum manis.
"Boleh je sayang. Kejap ye mummy buatkan. Kamu sambung lah rehat dulu okey." ujar Puan Karmila sambil bergerak untuk turun dari katil tersebut.
"Tak pe ke? Tak menyusahkan mummy ke ni?" tanya Arisya dengan rasa bersalahn. Ye la dah mummy datang rumah, alih-alih mummy yang masakkan untuk dia.
"Boleh je sayang. Kamu rehatlah dulu." jawab mummy sambil tersenyum lalu dia berjalan keluar dari bilik tersebut.
Sesampainya dia tiba di tingkat bawah, dia terlihat sosok seorang yang sedang duduk di atas sofa mewah itu dengan kaki yang disilangkan. Hati mendidih.
"Woher kommst du aus Kayden Lee?"
°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Any explanation?" tanya mummy yang sudah mengambil tempat di hadapan satu-satu anak lelakinya sambil menyilang kaki. Mukanya ketat. Kayden mengeluh seketika sebelum dia bersuara.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
AcciónBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...