16

4.2K 139 3
                                    

Awal-awal lagi Kayden sudah keluar pergi ke pejabat. Ada meeting katanya sehinggakan tidak sempat untuk sarapan. Aku berjalan di rumah agam itu dengan bosan.

"Emmm bosan." rungutnya perlahan. Lalu aku merebahkan diri di atas sofa empuk di ruang tamu tersebut.

Sedang dia ralit datang seorang perempuan menegurku.

"Puan muda." tegur Lana sambil membongkok sedikit badan.

"Eh Lana. Maaf-maaf. Saya tak perasan awak ade. Hehehe." kataku sambil tersengih malu. Lana tergelak kecil melihatku yang bangun terduduk akibat terkejut.

"Puan muda okey?" tanya Lana. Aku mengeluh perlahan.

"Saya bosan la Lana." Aduku manja. Dengan rumah yang besar alam ni pun masih terasa bosan.

"Emm. Ha apakata Puan muda ajar saya buat kek nak tak? Saya suka makan kek coklat yang puan muda buat minggu lepas tu. Boleh tak puan muda ajar saya?" tanya Lana sopan. Aku yang mendengar pertanyaannya mengangguk kepala setuju.

"Boleh! Jom." kataku semangat lalu aku bangkit dari duduk dan berjalan ke arah dapur dengan semangat yang waja.

Eh tiber.

Lana tergelak kecil dengan perilaku puan mudanya lalu dia bergerak mengikuti langkah Arisya dari arah belakang.

°°°°°°°°°°°°°°

Riuh rendah suara  mereka di dapur. Pelbagai cerita yang mereka kongsikan. Dengan Arisya yang kuat mengusik. Nampak je lembut tapi kuat juga dia mengusik.

"Elele malu-malu pulak dia. Awak dengan Grey ada apa-apa ke?" tanya Arisya sambil tersengih mengusik. Lana yang malu-malu tertunduk rapat.

"Ish puan muda ni. Takde apa-apa lah. Kitorang kawan je." jawab Lana malu-malu.

"Iye ke. Dah berapa lama korang kenal?" tanya Arisya.

"Dah lama. Almost 4 tahun. Saya dah lama kerja dengan Tuan Kayden tapi Grey lagi lama lah." cerita Lana. Arisya mengangguk tanda faham.

"Tapi awak dengan Grey sesuai tau. Sweet je saya tengok Grey. Dah la baik , handsome pula tu. Comel je dia layan awak. Cakap pun soft je. Memang full package la orang kata." puji Arisya berlambung-lambung. Lana tergelak kecil mendengar pujian Puan Mudanya.

Tanpa dia sedar ada seseorang mendengar perbualan tersebut dengan hati yang panas.

Lana yang sedang ralit bersembang mata dia bersabung dengan seseorang. Riak muka si dia memang bengis habis. Terasa berpasir je anak tekak dia sekarang ni.

Dia memberi isyarat kearah Lana supaya keluar dari dapur secara senyap-senyap. Lana hanya menurut.

'Sorry Puan Muda. Yang ini saya tak dapat tolong. Saya nak hidup lama.' ujarnya dalam hati. Lana berjalan keluar dari dapur dengan berat hati.

Arisya masih tidak sedar akan pemergian Lana. Dia masih rancak bersembang sambil mencuci pinggan mangkuk di singki.

Tiba-tiba Arisya berasa pelik kerana dia tidak mendengar lagi suara Lana. Dia yang berura-ura ingin memusing ke belakang terbantut apabila pinggangnya dipeluk dari arah belakang oleh seseorang.

Bauan tu sangat dia kenali.

'Aik bila dia balik?' soalanya dalam hati. Dia yang ingin memusing melihat gerangan tersebut ditegah lembut.

"No. Just stay like that. I want to smell you." ujarnya sambil menghirup wangian badan isterinya. Arisya hanya menurut. Kayden membenamkan wajahnya di ceruk leher Arisya.

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now