Hari ini Kayden bakal berangkat ke German seperti yang dirancang.
Akan tetapi ,
"Apa lagi ye nak bawa?" fikir Audrey. Dalam sibuk dia mengemas barangnya, Arraz masuk ke dalam biliknya.
"Banyak betul barang kau kak. Kau tak nak balik Malaysia dah ke? Kau kena ingat sikit, kau nak SPM tahun ni." bebel si adik. Audrey buat tak endah.
Setelah siap mengemas, Audrey meminta adik kembarnya untuk menolong membawa turun barangnya. Dengan terpaksa ku relakan mereka hanya menurut.
Sesampainya mereka di tingkat bawah, Kayden dengan yang lain sudah berkumpul di ruang tamu. Arisya setia berdiri di sisi suaminya ditemani ahli DeLee yang bakal menemani perjalanan mereka ke German.
Dari jauh tiga beradik tersebut melihat wajah abang kembar mereka memerah seakan marah. Wajah Karl berubah bengis seakan marah dengan kata-kata Kayden. Arisya yang berdiri di sisi suaminya itu, menggosok perlahan lengan suaminya.
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.
What is going on dude?
''Ehemm ehemm.'' Arraz berdehem telah menarik perhatian perhatian mereka. Masing-masing merubah raut wajah dan menghadiahkan senyuman yang manis kepada mereka bertiga.
Kafil yang mengerling sekilas melihat wajah abang kembarnya masih tidak berubah menyiku perlahan. Karl menghembus nafas perlahan sebelum menyapa adik-adiknya.
"Princess dah siap?" tanya Karl lembut sambil tersenyum manis. Audrey turut membalas senyuman itu tetapi tidak pada Affan dan Arraz. Mereka rasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh papa dan abang kembarnya.
Melihat dari wajah mendung mama mereka , mereka dapat meneka pasti ada sesuatu yang mereka tidak tahu.
"Dah." jawab Audrey sambil tersengih comel.
"Banyak betul princess papa bawa barang." tegur Kayden sambil tergelak kecil. Yang lain turut tergelak.
"Hehehehe." itu sahaja balasan daripada Audrey. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih malu.
"Dah jom. Audrey kamu naik dengan uncle Grey dan Lucas okey." beritahu Kayden sambil menggenggam erat tangan isterinya.
Arisya turut membalas genggaman tersebut.
Audrey membuat simbol 'okey' sebagai balasan sebelum Affan dan Arraz membawa barang kakak mereka itu ke kereta Grey.
Sebelum berangkat mereka bersalaman antara satu sama lain. Ketika giliran Karl menyalami mama dan papanya, sempat Kayden berpesan.
"Jaga adik-adik kamu dengan baik. Papa percayakan kamu." ujar Kayden separuh bisik di telinga anak sulungnya. Lagi kuat pelukan Karl terhadap papanya. Kayden menepuk perlahan belakang anak sulungnya itu.
Sampai giliran mamanya, Arisya menghadiahkan senyuman yang manis kearah anak sulungnya. Tanpa banyak kata Karl memeluk syurganya erat. Dia sedaya upaya menahan dari mengeluarkan air mata begitu juga Arisya.
"K-karl sayang mama. Sa-sayang sangat." luah Karl dengan nada yang sebak sambil mengeratkan lagi pelukan mamanya. Arisya tersenyum manis.
"Mama pun. Mama sayang semua anak-anak mama. Ingat pesan papa kamu ye. Jaga diri, jaga adik-adik dan yang paling penting jangan tinggal solat okey. Mama percayakan kamu." pesan Arisya sambil menggosok perlahan belakang anak sulungnya itu.
Diikuti Kafil dan si kembar.
Sempat lagi Kayden berpesan terhadap si kembar.
"Jaga diri baik-baik. Dengar cakap abang Karl dan abang Kafil. Belajar elok-elok. Solat jangan tinggal." pesan Kayden kepada si kembar. Si kembar membuat tanda hormat sebagai balasan. Kayden tergelak kecil sebelum masing-masing melangkah ke arah kereta yang bakal mereka naiki.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...