33

4.8K 130 7
                                    

"Puan muda dah siap?" soal Grey sambil menunggu Arisya di ruang tamu.

"Dah. Kejap lagi Puan turun. Puan tertinggal handphone katanya." ujar Jimmy. Grey hanya mengangguk kepala tanda faham. Masing-masing mendiamkan sambil menunggu Arisya.
5 minit kemudian, kedengaran pintu lift terbuka menandakan ada seseorang turun dari tingkat atas. Mereka berempat bangun berdiri dari sofa menunggu gerangan tersebut.

"Maaf saya lambat." ucap Arisya bersalahan.

"It's okey Puan. Lambat pun tak pe , puan tu hati-hati." ucap Jimmy sambil tersenyum manis. Yang lain mengangguk kepala setuju.

Lalu mereka berlima berjalan keluar dari rumah agam tersebut.

°°°°°°°°°°°°°°°

Kini, masing-masing diam terkaku. Ketar ketir apabila mereka menghadap Tuan mereka yang sudah berubah ketat.

" Mind to explain?" tanya Kayden dengan nada yang serious. Kayden duduk di atas kerusi pejabatnya sambil menatap ke arah pekerja yang berdiri di hadapannya.

"Korang dah takde mulut ke ?" marah Kayden.

"Ma-maaf tu-tuan." jawab Khairi perlahan. Kayden menghembus nafas perlahan sebelum bersuara.

"Sape yang buat report ni?" tanya Kayden sambil menunjuk ke arah kertas projek di atas mejanya.

"Saya tuan." jawab seorang perempuan yang berpakaian sedikit terdedah itu dengan nada yang lembut.

Dia pekerja baru di situ. Sudah lama dia menginginkan ceo di syarikat itu. Bermacam cara dia lakukan untuk kerja di syarikat tersebut untuk mendekati Kayden.

Kayden tidak mengalihkan pandangan terarahnya walaupun sedikit.

"Kau buat kerja sekolah ke?" perli Kayden.

"Kenapa tuan? Ada yang salah ke?" tanyanya lagi dengan nada yang lembut lalu dia mengambil langkah untuk mendekati Kayden perlahan.

Pekerja lain menjegil mata kearahnya.

'Dia ni nak mati awal ke?'

"Farah." panggil Kak Mawar dengan suara yang tegas. Farah hanya buat tak endah. Belum sempat dia mendekati Kayden, kedengaran suara Kayden memberi amaran. Bergetar hebat badannya mendengar ayat Kayden.

"Seinci kau dekat dengan aku, kau takkan berpijak lagi atas bumi ni." ujar Kayden dengan nada yang serious. Matanya masih tidak memandang ke arah Farah.

Terdiam Farah lalu dia kembali berdiri di sebelah Kak Mawar. Gerun. Takut.

"Report ni, saya serahkan dekat Kak Mawar. Check semula dan tambah apa yang perlu di tambah." beritahu Kayden lalu menghulurkan report tersebut ke arah Mawar.

"Dan kau." mata Kayden terarah ke Farah. Farah membetulkan posture badannya apabila Kayden melihat terahnya lalu dia memberikan senyuman yang manis.

"Ye saya." sahutnya.

"Gaji yang aku bagi dekat kau tiap bulan tak cukup ke untuk beli baju yang lebih sopan lagi? Starting for tomorrow, aku dah tak nak tengok kau pakai pakaian yang macam nak pergi club. Kau nak terus bekerja dekat sini atau nak berhenti ? Choose wisely." tegur Kayden.

Tersentap Farah. Dia menunduk kebawah kerana malu ditegur oleh Kayden.

"And one more thing. Buang perasaan bodoh kau terhadap aku. Kalau kau nak kerja lama lagi dekat sini, kerja baik-baik. Aku hanya sayang dan cintakan bidadari aku. No one can replace her." ujar Kayden sambil memandang foto yang berada di atas meja kerjanya.

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now