Arisya masih pengsan tak sedarkan diri.
"Geht es ihm gut? (Adakah dia tidak apa-apa?)" tanya seseorang dengan rasa takut.
"Mach dir keine Sorgen. (Jangan risau.) She's fine." jawab kawannya yang lain.
"Dah la. Jom keluar." ajaknya. Yang lain mengangguk tanda setuju lalu mereka mengekori langkahnya dari arah belakang.
Beberapa minit kemudian ~~~~~
"Emmm. Emmm." Arisya tersedar dari pengsannya. Dia membuka mata perlahan. Pelik. Dia memandang sekeliling. Ini bukan bilik tidur mereka.
Tiba-tiba kepalanya teringat akan sesuatu sebelum dia pengsan. Terus menegak badannya.
"Lucas khianat Kayden ke?" dia termangu seorang diri. Dia bangun dari pembaringan lalu bergerak ke hadapan cermin. Dia menilik tubuh badannya dari atas ke bawah. Dia menghembus nafas lega apabila auratnya masih belum terdedah.
Apabila teringat kembali nasib yang menimpa keatas dirinya, dia berasa sangat takut. Tidak semena-mena air matanya mengalir perlahan.
'Where are you Kayden? I'm scared.' rintihnya dalam hati dengan nada yang sebak.
Klack!
Pintu bilik tersebut terbuka. Arisya menoleh melihat kearah pintu. Dia melangkah ke belakang perlahan-lahan dengan takut. Badannya menggeletar. Dia menangis apabila wajah Tuan Saif berlegar di mindanya.
"Baby?" panggil Kayden lembut apabila melihat lampu didalam bilik tersebut masih tidak terbuka. Kayden melangkah masuk perlahan-lahan. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang seperti sedang menangis.
"Cale, bukakan lampu." arah Kayden. Dengan segera, Cale menekan suis lampu tersebut. Lalu mata Kayden terarah Arisya yang sedang menangis sambil menekup wajah pada lututnya.
"Sayang." panggil Kayden yang kedengaran suaranya sedikit agak cemas.
"Hey." tegur Kayden. Arisya masih tidak mahu mengangkat wajahnya. Cale dan Febrio memandang antara satu sama lain sebelum melihat kehadapan.
Arisya menggeleng kepala tanda tidak mahu.
"Hey. It's me. Your husband. Look at me." pujuk Kayden lembut. Grey dan Lucas hanya memerhati sebelum mata Lucas tertumpu kearah Cale seperti rasa bersalah.
"Wei macam mana kalau Puan Arisya trauma. Aku takut wey." bisik Cale kepada Arson. Arson hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak mahu masuk campur. Cale memandang Arson dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Urghhh tak membantu langsung.
Dengan perlahan-lahan Kayden memegang sisi kepala isterinya supaya memandangnya. Dia menyapu lembut wajah isteri kesayangannya yang penuh dengan air mata dek akibat yang terlalu banyak menangis.
"Hey. I'm here." pujuk Kayden. Arisya masih menangis tanpa mengeluarkan bunyi tetapi sisa air matanya masih terlihat di wajahnya.
"A-awak." panggilnya perlahan. Kayden mengangguk kepala perlahan sebelum dia mengendong isterinya sambil berjalan kearah katil.
Dia memberi isyarat kepada 4 anak buahnya supaya meninggalkan dia bersama isterinya. Mereka berempat menunduk hormat lalu berjalan keluar.
Kayden mengambil tempat dihujung katil sebelum dia meletakkan isterinya di atas ribanya. Arisya merehatkan wajahnya di ceruk leher Kayden.
"Feeling better baby?" tanya Kayden sambil mengusap perlahan belakang isterinya. Arisya hanya mengangguk kepala sebelum dia bersuara.
"What happened just now? I'm scared." ujar Arisya perlahan.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...