8

4.2K 182 2
                                    

Semenjak dua menjak ini, aku selalu mendapat mesej daripada seseorang yang tidak kenali. Gambar Kayden dengan seorang perempuan yang berpakaian sangat seksi.

Sedang berdua-duaan di dalam kereta.
Keluar makan bersama.

Hatiku diruntun pilu. Sedih. Kecewa.

'Mana janji awak yang dulu Kayden? Senangnye awak lupakan janji kita.' ujarku dalam hati sambil merenung jauh ke arah surat yang bakal dihantar kepada Kayden di syarikatnya sebentar saja lagi.

Kayden?

Tidak. Kali terakhir aku dan dia berjumpa pada mesyuarat tempoh hari. Aku mengeluh kecil di dalam hati.

"Kau kena moveon Arisya. Mungkin Kayden bukan jodoh kau." kataku pada diri sendiri memberi semangat.

"Arisya Mikayla?" tegur Encik Afsar. Lantas aku menoleh kearah suara tersebut sebelum aku tersenyum nipis.

"Ye Encik Afsar." jawabku dengan nada yang sopan.

"Awak dah siap?" tanyanya. Berkerut dahiku selepas mendapat pertanyaan tersebut.

"Saya?" tanyaku semula sambil menunjuk diri sendiri.

"Ehh tak maksud saya surat yang awak buat tu. Dah siap?" tuturnya dengan gelabah. Aku tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Dah Encik Afsar. Nak gerak sekarang ke? Jom lah." ajakku lantas aku mencapai beg tanganku yang berada di atas meja tersebut sebelum berjalan kearah Encik Afsar yang sedang menungguku.

Kami berdua berjalan beriringan kearah kereta Encik Afsar. Semasa kami berdua berjalan kearah parking kereta, ada mata-mata yang memandang ke arahku dengan pandangan yang tidak berpuas hati ada juga yang tersenyum-senyum mengusik.

Aku hanya menghiraukan pandangan mereka.

Di dalam kereta ~~~~~~

Masing-masing hanya diam membisu. Hanya kedengaran bunyi radio yang terpasang. Tiba-tiba Afsar bersuara.

"So awak dah fikir ke pasal lamaran saya tempoh hari?" tanya Afsar sambil memandang ke arah jalan raya.

Aku diam seketika sebelum bersuara.

"Dah." jawabku ringkas.

'Betul ke tak eaa apa yang aku nak buat ni?'

Dengan lafaz bismillah.

"Saya terima." aku menjawab perlahan.

"Alhamdulillah. Yes!!" jerit Afsar kerana terlalu gembira.

Aku?

Aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasa sekarang. Gembira? Seronok? Sedih?

Kali ini aku yakin dengan keputusan aku.

Selamat tinggal Kayden. Selamat tinggal kenangan.

Semoga awak bahagia dengan orang baru.

°°°°°°°°°°°°°°°°


Knock! Knock! Knock!

"Come in!" jawab Kayden dari dalam. Pintu pejabatnya dibuka dari arah luar, lantas terpampang wajah assistantnya, Firhad.

"Yes anything Fir?" tanya Kayden lalu mmandang Firhad tanpa ada sebarang ekspresi.

"Encik Afsar sudah sampai Tuan Muda." beritahu Firhad. Kayden merenungnya tanpa sebarang kata.

'Erk kenapa pandang aku macam tu.' tutur Firhad dalam hati. Dia diam seketika sebelum dia teringat akan sesuatu.

"Encik Firhad datang bersama Puan Muda." beritahu Firhad senafas. Kayden mengangkat kening sebelah sebelum dia tersenyum sinis.

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now