3 tahun kemudian ~~~~~
Aku bekerja di syarikat milik abang Adni. Daddy ada juga menawarkan kepadaku untuk bekerja di syarikat miliknya tetapi aku menolak lembut.
Kayden?
Sudah dua tahun aku tidak mendengar khabar beritanya selepas kejadian tersebut.
Flashback ~~~~
Kedengaran telefon milik Kayden berbunyi meminta untuk diangkat. Kayden dengan malasnya menjawab panggilan tersebut.
"Hye you!" kata Lisa sambil membuat suara gedik. Kayden menjuling matanya keatas.
'Haih perempuan ni lagi.' katanya dalam hati.
"Hrmm kau nak ape? Aku sibuk sekarang ni." tanya Kayden dengan nada yang mendatar.
Dah la orang tengah penat, banyak kerja pula kena buat.
"You sihat? Saje je I nak call you." jawab Lisa sambil bermain hujung rambutnya.
"Kau kalau takde benda penting nak cakp better aku blah. Aku takda masa nak layan drama sial kau." balas Kayden.
"Ehh kejap-kejap. Sebenarnya I ada something nak bagitahu you. It's about Arisya. Girlfriend kesayangan you. Actually, semalam geng I ada keluar pergi mall and then diorang terjumpa Arisya jalan berdua-duaan dengan seorang lelaki. Handsome tau." beritahu Lisa sambil mereka-reka cerita. Kayden terdiam sejenak.
"Berdua?" tanya Kayden mengangkat kening sebelahnya.
"Yes. Diorang dua jalan sambil pegang tangan lagi tau. Kesian you kan, you pergi Itali sebab kerja, Arisya dekat sini curang dengan you. Better you ting......."
Belum sempat Lisa menghabiskan ayatnya Kayden mematikan panggilan.
tutt..... tuttttt ...
Dengan pantas dia mendail nombor Arisya. Beberapa minit kemudian, kedengaran suara Arisya seperti baru bangun tidur.
"Hello." sapa Kayden.
"Ermm hello. Kenapa awak?" tanya Arisya dengan suara seraknya.
"Semalam kau keluar dengan siapa?" tanya Kayden laju. Arisya terdiam seketika sambil mencerna soalan yang ditanya oleh Kayden.
"Saya keluar dengan angah , kan saya dah bagitahu awak. Kenapa?" soal Arisya pelik.
"Kau tak tipu?" tanya Kayden semula.
"Iye la. Buat ape saya nak tipu awak. Lagipun semalam angah tak kerja. So dia la yang teman saya pergi beli barang sambil-sambil tu kitorang jalan-jalan sekali dekat mall." jelas Arisya panjang lebar. Kayden hanya diam mendengar setiap butir bicara Arisya.
"Hrmm. Aku harap kau tak tipu Arisya Mikayla. Kau pun kenal aku kan. Aku tak suka orang menipu." kata Kayden tegas. Arisya hanya mengangguk kepala.
Macam lah si Kayden tu nampak.
"Speak."
"Ye awak. Saya tak tipu la. Awak ni kenapa tiba-tiba tanya saya macam tu? Awak tak percayakan saya ke?" tanya Arisya dengan nada yang perlahan.
Kayden hanya diam tanpa menjawab sepatah kata.
"Hrmm okey lah. Dah kau pergi sambung tidur. Assalamualaikum."
"Waalai......"
Tutttt....tutttttt...
Berkerut dahi Arisya.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...