8 tahun kemudian ~~~~~
"Assalamualaikum. Mama kitorang dah balik !" ujar si adik dengan nada yang ceria diikuti si abang dari arah belakang.
Arisya yang sedang ralit masak di dapur tersenyum manis mendengar suara anak lelakinya.
"Mamaaaa!!!" jerit Kafil setelah dia ternampak kelibat si mama yang berjalan ke arah mereka dengan senyuman yang manis. Karl menjuling mata ke atas melihat adiknya yang terlalu over.
"Kau ni kan dik. Takyah la jerit-jerit panggil mama. Tak baik tau. Itu pun dikira meninggikan suara dekat mama." tegur Karl dengan wajah yang sedikit garang. Kafil tersengih bersalah.
Arisya tersenyum manis sebelum dia melabuhkan punggungnya di sofa sebelah anak-anaknya. Kafil yang berasa bersalah terus mencapai tangan mamanya meminta maaf.
"Kafil minta maaf mama. Kafil dah tinggikan suara pada mama. Maafkan Kafil ye mama. Kafil nak masuk syurga." ujar Kafil dengan nada yang bersalah lantas dia mencium lama tangan mamanya. Arisya mengusap lembut kepala anak kembarnya dengan lembut.
"Takpe. Mama maafkan." ujar Arisya. Kemudian giliran Karl mencium tangan mamanya.
"Hahh , mama dah dua hari Kafil tak nampak papa. Papa pergi mana?" tanya Kafil pelik. Berubah riak wajah Arisya selepas mendengar pertanyaan anaknya. Karl yang perasan air muka mamanya berubah menjeling tajam ke arah adik kembarnya sekilas. Melihat jelingan maut tersebut Kafil menekup mulut.
Arisya berpura-pura tersenyum manis.
"Papa keje sayang. Nanti papa balik la tu." jawab Arisya lembut. Mereka mengangguk faham tetapi bukan Karl.
Dia berasa amat marah terhadap papanya kerana membuat mamanya sedih.
"Okey lah. Karl dan Kafil naik atas bersihkan diri and then turun makan okey. Mama dah siap masak." ujar Arisya. Mereka berdua hanya menurut sebelum Karl bersuara.
"Ma, mana adik?" tanya Karl. Kafil yang mendengar pertanyaan abangnya itu hanya melihat mamanya menunggu jawapan.
"Ada dalam bilik kamu tengah tidur. Dia tercari-cari kamu berdua pagi tadi." beritahu Arisya sambil tergelak kecil.
Mengingat kejadian pagi tadi membuat dia tersenyum lucu. Audrey tersangatlah manja dengan abang-abangnya. Dalam pada yang sama dia tidak perlu risau, jika suatu hari nanti dia sudah tiada, dia boleh mempercayai kedua anak lelakinya itu menjaga puteri sulung mereka.
Audrey Kayra Medina.
"Okey lah mama, kitorang naik atas dulu ye. Lepas solat zohor kitorang turun." pamit Karl. Kafil melambai tangan kearah mamanya sambil tersengih mengikuti langkah abangnya dari belakang.
Arisya menghantar langkah anak-anaknya dengan ekoran mata sebelum dia bergerak semula ke arah dapur untuk menyambung semula kerjanya yang tergendala.
Skip ~~~~
Sedang ralit dia membasuh pinggan, tiba-tiba pinggangnya di peluk oleh seseorang dari arah belakang. Dia sudah dapat menganggak siapakah gerangan tersebut. Dia hanya menghiraukan gerangan itu.
"Sayang." panggil Kayden dengan nada yang perlahan. Arisya hanya mendiamkan diri. Dia terasa hati dengan Kayden.
Apabila Kayden tidak mendapat respon yang baik dari isterinya dia mengeluh kecil. Dengan perlahan dia mencapai tangan Arisya lalu dia membasuh tangan yang terkena sabun dan menutup air disingki tersebut.
Dia memusingkan badan isterinya untuk menghadap ke arahnya. Arisya hanya diam membisu sambil menunduk kebawah.
Kayden mendongakkan dagu isterinya bagi melihat wajahnya. Wajah isterinya memerah seakan menahan tangis.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...