Hari yang kami tunggu telah tiba. Aku yang paling excited. Kayden yang berjalan di sebelahku hanya menayangkan wajah yang tidak berperasaan. Betapa susahnya aku memujuk Kayden untuk mengikuti sahabatku datang ke pesta makanan.
Bukan sahaja makanan, terdapat jugak game , roller coaster, zoo , tempat dinousar dan macam-macam lagi. Sangat meriah lebih-lebih lagi pada waktu weekend.
*semua ni saya reka ja tau. Kang pergi cari sungguh naya saya 😭🤣
bak kata Kayden :
'takbest lah.'
'itu tempat kanak-kanak je yang boleh main.'
'Arisya Mikayla please , kita pergi main ice kating nak? 'Kepalaku menerewang kembali detik-detik di mana aku merajuk dengannya kerana dia tidak mengizinkanku untuk join sahabatku yang lain. Aku tersenyum sendiri.
Flashback ~~~~~
"Alaa awak. Boleh laa. Pleaseee. Kawan-kawan saya semua pergi. Saya nak pergi jugak." pujukku lagi.
"Tak payah okeyh? Tak best sangat pun sayang , crowded sangat." pujuk Kayden lembut di corong telefon.
"Dah laa malas kawan dengan awak. Orang nak pergi main je. Jangan chat saya, jangan call saya. Okey bye." terus aku meletakkan call.
"Ari..."
Tutt... Tuttt ...
Di sisi yang lain ...
"Ari...." belum sempat Kayden memanggil Arisya, talian sudah dimatikan. Kayden berdecit perlahan.
"Tchhh budak ni kan." ngumam Kayden perlahan. Kayden cuba menelefon Arisya semula, tetapi panggilannya di tolak. Kayden menahan geram.
Lalu Kayden menghantar chat nasibnya malang lagi apabila Arisya meninggalkan tanda biru kepadanya.
Biru seperti air laut sangatlah tenang tetapi tanda biru di whatsapp tchhh sangat tidak tenang yaa teman-teman.
Kayden menarik nafas perlahan cuba menenangkan diri.
"She's a kid Kayden. Relax." katanya pada diri sendiri. Lalu dia merehatkan tubuh badannya di atas katil sambil meletakkan tangannya di dahi memikirkan cara untuk memujuk kekasih hatinya. Tanpa sedar ngantuk datang menjemput.
Sudah dua hari Arisya mengabaikan Kayden. Setiap kali Kayden menelefon Arisya , pasti panggilannya ditolak. Kayden berdecit perlahan. Dia sudah tidak tahan lagi apabila Arisya menghiraukan dirinya. Dengan pantas dia menghantar chat kepada Arisya lalu dia menggapai kunci keretanya dan berjalan keluar dari bilik tidurnya.
End Kayden pov ~~~~
Pritt .. prittt ...
Kedengaran telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku mengerut dahi perlahan. Aku menggapai iphone tidak semena-mena mataku membulat apabila aku membaca chat dari Kayden.
AbgKayden Hots ♡
- Kau tunggu dekat rumah, aku otw pergi rumah kau.'Ha sudah. Wey gelabah-gelabah. Aduh dah laa family aku semua ada.' ujarku dalam hati. Dengan pantas aku membalas chatnya.
You
- Ehh awak. Jangan la. Baba dengan mama saya ada dekat rumah. Abang-abang saya pun ada juga.Beberapa saat kemudian , naik bluetick menandakan Kayden telah seen chat aku. Aku menunggu dan terus menunggu and you know what? Dia just seen bestie !!
Oh tidak. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah tamanku. Hatiku semakin resah.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilikku di ketuk dari arah luar. Kedengaran suara angah memanggil namaku.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...