Rumah mewah Puan Karmila sangat meriah. Ramai tetamu hadir ke majlis kesyukuran pada malam itu.
Pekerja yang lain sibuk menyiapkan tugas masing-masing. Kayden sedang berborak bersama dengan daddy dan bapa mertuanya.
"Eh Kayden, mana Arisya? Dari tadi daddy tak nampak dia pun." tanya Tuan Kaiser setelah dia tidak nampak sosok menantu kesayangannya.
"Ada dalam bilik. Tengah menyusu dua budak tu dekat atas." beritahu Kayden tenang.
Mereka mengangguk faham. Selang beberapa minit kemudian, Kayden meminta diri untuk naik ke atas melihat keadaan isteri dan anak-anaknya.
Skip ........
Klack !
Kedengaran pintu bilik terbuka dari luar. Arisya hanya meneruskan kerjnya menyusu kedua anak lelakinya.
"Sayang." panggil Kayden lembut lalu mengambil tempat sebelah isterinya. Lantas Arisya mengangkat kepala melihat wajah suaminya.
"Ye. Kenapa abang?" tanya Arisya lembut.
Kayden tersenyum nipis. Dia merenung dalam wajah kepenatan isterinya.
"Are you okey sayang?" tanya Kayden lembut sambil mengusap lembut wajah Arisya.
Arisya tersenyum nipis sambil mengangguk kepala tanda mengiyakan.
"Sayang okey je abang." jawab Arisya lembut.
"Sayang nampak penat. Abang risaukan sayang je." ujar Kayden.
"Don't worry. Saya okey je." balas Arisya bagi menyedapkan hati suaminya.
Biasalah tanggungjawab bertambah selepas lahirnya dua anak lelakinya. Penat itu tak usah di cakap. Tapi dia bersyukur kerana ini adalah rezeki mereka.
Kayden mengangguk kepala perlahan sebelum dia mengambil kedua anaknya yang sudah tertidur comel di atas katil tersebut lalu diletakkan di dalam katil bayi.
"Sayang rehatlah. Malam ni biar abang yang jagakan diorang." ujar Kayden sambil membetulkan comforter di badan isterinya.
Arisya menghadiahkan senyuman yang manis kepada suaminya. Dengan lafaz bismillah dia tertidur kepenatan.
Kayden menghadiahkan kucupan lembut di ubun-ubun isteri kesayangannya.
"Sleep well sayang. Love you." ucap Kayden lembut.
****************
Riuh rendah pagi itu dengan suara anak buah Kayden.
"Auum cakk! Yeayy nampak dia." ujar Khairil sambil bermain dengan anak Kayden. Si kembar tergelak suka tetapi yang paling nampak terhibur adalah si adik, Aamir Kafil Matin. Si abang, Aariz Karl Matin hanya gelak sikit sebelum wajahnya kembali seperti biasa.
"Riz, asal kau beku sangat ea. Uncle buat kelakar pun kau gelak sikit je kan. Memang sama macam ayah kau." kutuk Khairil perlahan tanpa memandang kiri kanan.
Kayden yang sedang membantu Arisya berjalan ke arah anak mereka itu terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Khairil. Arisya tergelak kecil melihat wajah suaminya.
"Betul la kan apa yang Khairil cakapkan. Karl tu sama je macam abang. Beku je memanjang." kata Arisya pula. Saja cari pasal.
"Ishh. Sayang ni kan." balas Kayden dengan wajah yang cemberut.
Sedang ralit Arisya mengusik suaminya, kedengaran suara anak mereka menangis kuat. Kelam kabut si Kayden berlari kearah anak mereka sehingga meninggalkan isterinya di belakang.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...