20

4.4K 121 10
                                    

Arisya bersiap-siap untuk keluar bersama bakal kakak iparnya, Zara.

Sedang ralit Arisya melilit shawl terasa pinggangku di peluk oleh seseorang dari arah belakang.

"Sayang." panggil Kayden manja. Arisya hanya mengumam perlahan sebelum melihatnya dari pantulan cermin.

"Why?" tanyanya lembut. Kayden nampak manja sejak akhir-akhir ini. Kayden mengeluh perlahan sebelum dia membenamkan wajahnya di ceruk leher isterinya yang di tutupi shawl tersebut.

"Lama ke sayang keluar? Kalau tak keluar tak boleh ke?" tanya Kayden perlahan. Arisya tersenyum nipis sebelum memusing badan menghadap suaminya.

"Mana boleh biy. Sayang kan dah janji dengan kak Zara semalam. Kejap je tak lama pun. Nak teman kak Zara cari barang hantaran dia je." pujuk Arisya sambil mengusap lembut lengan suaminya.

Kayden hanya mengumam perlahan sebagai balasan sebelum dia memeluk semula isteri kesayangannya erat.

"Sayang pergi hati-hati tau. Jaga mata jangan tengok lelaki lain. Jangan jauh dari Grey, Lucas dan Jimmy okey. Satu lagi jangan balik lambat tau nanti takde sape nak teman biy makan tengah hari." pesan Kayden. Arisya tergelak kecil mendengar ayat terakhir Kayden.

"In sha Allah, I will." jawab Arisya ringkas. Pelukan mereka terlerai lantas Arisya mencapai beg tangannya lalu menggapai tangan suaminya. Mereka turun ke bawah bersama-sama.

°°°°°°°°°°°°°°°°

Kini Arisya dan Zara tiba di mall. Mereka berdua berjalan dihadapan sambil ditemani anak buah kepercayaan Kayden.

"So akak. Kita nak pergi mana dulu?" tanya Arisya.

"Emm. Kita pergi tengok perfume dulu lah." jawab Zara. Arisya mengangguk kepala tanda setuju lalu mereka berjalan masuk ke dalam kedai perfume.

Berjam-jam mereka membeli barang hantaran sambil dibantu oleh Grey dan sahabatnya yang lain.

Sedang ralit Arisya berborak dengan Zara, tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang. Arisya hampir terjatuh. Nasib menyebelahinya kerana Zara sempat menahan badan Arisya dari terjatuh.

"Hey, you buta ke hahh?!" tengking perempuan tersebut.

"Adik okey tak? Sakit dekat mana-mana tak?" tanya Zara sambil membelek badan Arisya. Arisya hanya mengangguk kepala perlahan. Terasa sedikit sakit di bahagian kakinya. Mungkin terseliuh sedikit akibat kakinya terpelecek sebentar tadi akibat rempuhan nenek kebayan itu.

"Watch your tone young lady." ujar Jimmy dengan suara yang tegas. Ini baru Jimmy , tak Lucas dan Grey lagi silap-silap makan pistol ler jawabnya.

Berani dia naikkan suara pada Puan Muda kesayangan mereka.

"Hey. Perempuan ni yang langgar I tau. Yang you nak bela dia sangat kenapa hah?!" bidas perempuan tu lagi. Zara yang panas hati ingin menampar wajah perempuan tersebut tetapi sempat dihalang oleh Arisya.

"Sorry miss....." belum sempat Arisya menyudahkan ayatnya, dia terkedu apabila melihat wajah perempuan yang menengkingnya sebentar tadi.

"Kau?"

"You?"

Ujar mereka serentak. Masing-masing terkejut.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Luthfia tergesa-gesa untuk berjumpa dengan kawan-kawan tingtongnya. Tiba-tiba.

Gedebuk!

"Aduh." Luthfia jatuh terduduk diatas jalan tar tersebut.

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now