Kedengaran bunyi bising dari arah dapur. Kayden yang baru sahaja pulang dari kerjanya , berasa pelik.
'Jantan mana pecah masuk dapur aku ni?' ujarnya dalam hati.
Dengan perlahan dia berjalan kearah dapur untuk melihat gerangan tersebut.
Sesampainya dia di hadapan pintu dapur dia terdengar ..........
"Woii Arson. Kau ni kan goreng la betul-betul. Kang hangit sape nak makan. Kau?" bebel Cale.
Dengan pantas Arson menggeleng kepala tanda tidak mahu. Sape je nak makan kalau hitam-hitam.
"Hah, kalau tak nak kau goreng betul-betul. Kang ada juga orang tua yang aku sumbat sudip ni dalam mulut." bebelnya lagi.
"Cale ! Kau datang sini jap. Kau tengok beras ni, aku dah basuh bersih-bersih. Okey tak lagi?" ujar Kade dengan pelat Englandnya.
Cale berjalan menghampiri Kade. Dia memeriksa beras yang dibasuh Kade itu dengan teliti. Cale mengangguk kepala tanda lulus sambil membuat thumbs up.
Kade tersenyum lega. 10 kali dia basuh beras tersebut risau tak bersih kang kena bebel dengan Cale.
Cale mengambil beras tersebut lalu dia memasukkan bersama air perahan bunga telang, daun limau purut, serai dan garam ke dalam periuk nasi. Dia menggaulkan dengan sebati dan membiarkan seketika agar warna menyerap pada beras.
Kade memandang kagum.
Cekap.
Handal.Bukan main komputer semata-mata. Masak pun handal. Hebat lah.
Dibahagian Jimmy dan Grey. Grey mengupas bawang dan juga halia sebelum diberikan kepada Jimmy untuk dikisar. Lucas pula memanaskan minyak sementara menunggu Jimmy mengisar bawang dan juga halia.
Lucas membaca kertas nota yang dicatit oleh Cale dengan teliti sebelum dia mula menumis sambal.
Masing-masing mempunyai tugas tersendiri dan diketuai oleh CALE JAMESON nama sebenar MUHAMMAD KHAIRUL JAHEER.
Misi membuat nasi kerabu untuk ibu mengandung gaisek ~~~~~
Kayden bersandar pada dinding sambil menyilang tangan di dada melihat aksi anak buahnya 'berperang' di dapur.
"Ehemm, ehemm." Kayden berdehem lantas semua yang berada di situ menoleh kearahnya. Kayden hanya mengangkat kening sebelah sebelum Arson bersuara.
"Hehehe Tuan. Kitorang tengah masakkan nasi kekabu untuk Puan Muda." beritahu Arson.
"Nasi kekabu?" tanya Kayden sambil mengerut dahi.
"Bukan nasi kekabu bingai, nasi kerabu. Ore kelate oyak nasik kabu." marah Cale. Eh suka hati je mamat ni tukar nama nasi favourite aku.
"Ouh. Sorry-sorry. Nasi kerabu tuan." ujar Arson membetulkan semua ayatnya.
"Arisya request? Kenapa korang yang masak? Yang lain?" tanya Kayden lagi. Pelik ni. Dia pun tak pernah suruh geng ni masak.
"Ha'a. Puan Muda mengidam katanya. Puan muda suruh saya buatkan. Yang lain mana pandai. Lana pun tak pandai Tuan. Dia bukan orang Kelantan. Puan Muda teringin nak makan nasi kerabu Kelantan, itu yang saya tolong buatkan." beritahu Cale panjang lebar.
Kayden mengangguk tanda faham.
"Buat lebih sikit. Aku nak rase juga." ujar Kayden lalu dia bergerak ke atas untuk berjumpa dengan isterinya.
Lalu mereka semua menyambung semula kerja yang tergendala.
Di dalam hati Kayden, dia berdoa agar dapurnya tidak terbakar.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...