Suasana tanah perkuburan Islam tersebut terasa hening.
Sunyi.
Masing-masing merenung kedua kubur tersebut dengan perasaan yang bercampur baur.
Encik Anwar memeluk bahu isterinya, Puan Arissa yang masih mendiamkan diri selepas mendapat berita tentang anak perempuan tunggal serta menantu mereka.
Semua sahabat mereka serta anak-anak buah Kayden turut berada di situ. Adni, Aura serta Luna menahan diri dari menangis hebat. Mereka telah kehilangan satu-satunya sahabat yang mereka sudah menganggap seperti ahli keluarga sendiri. Luthfan dan yang lain turut mendiamkan diri. Masing-masing merenung kubur sahabat mereka dengan mata yang memerah.
Karl, Kafil, Arraz dan Affan turut mendiamkan diri. Mereka merenung kosong tanah perkuburan Islam itu. Arraz dan Affan duduk bersila di sebelah kubur tersebut dengan mata yang memerah dengan ditemani abang kembar mereka, Karl dan Kafil.
Audrey?
Dia masih berada di hospital tidak sedarkan diri akibat terkena tempias letupan pada hari kejadian.
Karl masih ligat berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Semuanya terjadi dengan serentak.
Kepala Karl teringat kembali akan perbualan bersama papanya sebelum kejadian.
Flashback ~~~
"Karl, papa ada something nak bincang dengan Karl. Karl busy ke?" tegur Kayden apabila dia tiba di pejabat mini anak sulungnya yang terdapat dalam rumah agam mereka.
Karl yang sedang membuat kerja tersebut terhenti seketika sebelum dia menanggalkan kaca matanya sambil tersenyum nipis kearah papanya.
"Tak pa. Masuk lah." jemput Karl lantas dengan perlahan Kayden melangkah masuk sebelum dia menutup pintu bilik tersebut perlahan.
Dapat dia lihat pada diri anak sulungnya ini, seakan sama dengan dirinya. Copy paste sangat.
Setelah Kayden mengambil tempat dihadapan anaknya, Karl menfokuskan kearah papanya.
"Ada apa papa?" tanya Karl. Kayden tersenyum nipis sebelum dia bersuara.
"Dah lama kan, kita tak borak-borak macam ni. Selalunya Kafil je. Banyak ke kerja?" tanya Kayden. Karl terdiam.
Dia dihurung rasa bersalah. Dia akui semenjak dua menjak ini dia terlampau sibuk sehinggakan mengabaikan mama, papa dan adik-adiknya. Dia tiada masa untuk luang bersama seperti sebelum ini.
"Sorry." luah Karl serba salah. Kayden tersenyum nipis sebelum dia bersuara.
"It's okey my son. Dulu sebelum papa kahwin dengan mama, selalu juga macam kamu. Sampai tokmommy bebel." Kayden membuka cerita. Karl tergelak kecil.
Sedang ralit mereka berborak, Kayden menanyakan soalan yang membuatkan Karl tersentak.
"Kamu bila nak kahwin?" tanya Kayden spontan sambil tersengih kambing. Saje nak sakat.
"Erkkk." itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Karl. Kayden tergelak kecil.
"Rilex my son. I'm just asking. Kamu kerja, kerja juga. Kahwin pun fikir la juga. Mama dengan papa ni bukannya dah muda. Nak juga merasa dukung cucu." ujar Kayden sambil menyakat anak sulungnya. Karl hanya mampu mendiamkan diri.
"Karl takde calon lagi la papa." balas Karl senada.
"Aik. Takde?" tanya Kayden seakan terkejut.
"Ye pa. Takde." jawab Karl sambil berkerut. Dia melihat reaksi papanya yang terkejut itu. Kenapa terkejut sangat ni?
"Seriousla kamu takde?" tanya Kayden lagi menginginkan kepastian. Karl menjuling mata keatas. Penat dah nak cakap ni.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...