Arisya sedang 'berperang' di dapur. Sejak Kayden sudah berkahwin, dia lebih suka makan makanan air tangan isterinya berbanding di luar.
Kadang-kadang dia akan pulang untuk lunch bersama sang isteri ataupun dia akan arahkan Grey untuk mengambil Arisya di rumah dan membawa Arisya kepejabat jika Kayden tidak sempat pulang ke rumah.
Sedang ralit dia masak masakkan kegemaran suaminya, kedengaran Iphone miliknya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum sayang." beri salam seseorang di hujung talian.
"Waalaikumussalam. Ye. Kenapa awak?" tanya Arisya lembut. Dia membuka pembesar suara lalu dia menyambung semula kerjanya yang tergendela sebentar tadi.
"Sayang, kau datang office aku boleh? Aku rasa macam tak sedap badan lah." adu Kayden manja.
"Eh awak okey tak tu? Kejap lagi saya pergi ye." beritahu Arisya. Dia mengemas dapur lalu dia berjalan menuju ke bilik tidur mereka untuk bersiap.
Kayden yang mendengar kata-kata Arisya itu tersenyum lebar. Ah indahnyah dah ada isteri ni.
Tanpa dia sedar ada tiga pasang mata memandangnya dengan pandangan yang jijik.
"Okey lah. Saya siap dulu ye. Bye assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Hati-hati baby. I love you." ujar Kayden dengan nada yang romantis. Membahang wajah Arisya. Dah sebulan kahwin pun malu-malu lagi.
Terus dia menamatkan panggilan kerana malu. Kayden tergelak kecil dengan kelaku Arisya. Dia tersenyum bahagia.
"'Hati-hati baby.' 'I love you.' " ejek Luth.
"Tolonglah hormat sikit orang single macam kitorang ni." sambung Amir pula. Terus berubah air muka Kayden.
'Erkk. Diorang dengar aku cakap ke?' ujarnya dalam hati.
"Mestila dengar bebal. Kau bercakap pun depan kitorang. Boleh tahan gedik jugak kau kan." kata Luth.
"Lantak aku lah. Isteri aku. Halal lagi. Kau ade? Takde kan. Dah diam." balas Kayden senada. Amir dan Luth menjuling mata keatas manakala Uqashah lebih suka diam dan mendengar dari memgeluarkan sebarang bunyi.
"Kitorang dah arrange semua seperti yang kau nak. Tinggal kau bawa Arisya pergi sana je." celah Uqashah. Kayden mengangguk kepala tanda faham.
"Untung si Arisya kan. Dapat husband kaya raya. Ni tujuh keturunan pun makan tak abis." kata Luth. Amir mengangguk setuju.
"Kau dengan Luna macam mana? Bila nak kahwin?" tanya Kayden mengubah topik perbualan mereka. Terdiam Luth.
"Ha'a kan Luth. Kau dengan Luna macam mana? Dengar kata kau dah confess dekat Luna. Kau ajak dia kahwin kan? So dia terima tak?" tanya Amir. Luth mengeluh kecil sebelum dia bersuara.
"Dia terima aku but kakak aku tak suka dia." kata Luth perlahan. Amir mengerut dahi perlahan.
"Kakak kau tak suka Luna? Sape je yang kakak kau suka. Aku rasa semua girlfriend kau , kakak kau tak suka. Lantak ja la Luth. Bukan kakak kau yang nak kahwin pun. Kau kan nak kahwin." ujar Amir. Kayden dan Uqashah mengangguk setuju dengan kata-kata Amir.
"Betul lah apa yang Amir cakap tu. Kau yang nak kahwin Luth. Kau lelaki keputusan tu ada dekat tangan kau. Kau dah bagitahu papa dengan mama kau?" tanya Uqashah. Luth menggeleng kepala perlahan.
"Laa bebalnya kau ni Luth. Kau sepatutnya beritahu mama dengan papa kau sengal. Yang kau bagitahu kakak kau dulu kenapa. Bukannya kakak kau jadi wali kau pun. Kakak kau tu semua tak suka. Apa yang dia suka pun aku tak tahu. Tak faham aku." bebel Amir. Kayden tergelak kecil mendengar bebelan Amir.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
AcciónBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...