22

3.6K 124 6
                                    

Hari bahagia buat Luna dan Luthfan telah pun tiba. Terserlah seri pengantin di wajah masing-masing. Luna lengkap dengan berpakaian busana pengantin berwarna putih suci murni haa gitu.

Knock. Knock. Knock.

Lalu pintu bilik tersebut dibuka perlahan dari arah luar.

"Kau dah siap babe?" tanya Adni sambil melangkah masuk diikuti Arisya dan juga Aura.

"Dah. Tapi aku debar la korang." ujar Luna dengan muka yang resah.

"Alaa chill la kau ni. Luth aku tengok rilek je tadi. Berseri-seri muka. Nampak la muka excited nak kahwin tu." beritahu Adni sambil tersengih-sengih. Yang lain turut tergelak kecil.

"Ari. Aku nak tanya. Susah tak jadi isteri." tanya Luna lalu mata tanya tumpu kearah Arisya. Belum sempat Arisya, kata-katanya dipotong laju oleh Adni.

"Senang je. Kerja kau layan suami dan yang paling penting taat pada suami kau." ujar Adni. Arisya mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Adni Raissa.

Hebat budak ni. Walaupaun belum kahwin tapi sudah tahu. Mesti kecik-kecik makan kismis selalu kan.

Sedang ralit mereka berborak, kedengaran suara kakak saudara Luna memanggilnya untuk turun ke bawah.

Masing-masing mengambil tempat untuk mengiringi pengantin perempuan turun ke bawah.

Di sisi Luthfan...

"Ehh bro. Happy nampak. Tak rasa nervous ke?" tanya Amir sambil memandang Luth pelik. Luth hanya beriak biasa.

"Well. Aku kan anak jantan. I'm born to be ready." ujarnya bangga. Amir membuat muka menyampah.

"Kau dah ke ready ke nak jawab soalan yang tok kadi akan tanya japgi?" tanya Uqashah yang duduk bersebelahan dengan Kayden. Kayden hanya diam memerhati gelagat sahabat-sahabatnya. Luthfan mengerut dahi.

"Jawab soalan? Ape ni?" tanya Luhtfan.

"Ha'a. Kau ingat lepas duduk je terus akad ke. Kau akan di soal siasat sebelum akad nikah tau." beritahu Amir sambil memandang sekilas kearah Uqashah.

Berubah riak wajah Luthfan.

"Emm banyak ke soalan dia?" tanya Luhtfan sambil memandang ke arah Kayden. Wajahnya seperti meminta pertolongan.

Kayden hanya mengangguk kepala tanda mengiyakan. Terasa air liurnya payau. Dia menjadi tidak tenang.

Amir sedaya upaya menahan ketawa dari meletus. Uqashah hanya beriak biasa tetapi dalam hati dia ketawa melihat wajah takut-takut Luhtfan. Kayden juga turut menahan tawa.

Beberapa minit kemudian, tok kadi melangkah masuk ke dalam rumah. Luhtfan berasa tidak senang duduk.

Tok kadi mengambil tempat berhampiran dengan wali Adni iaitu Encik Arsyad. Para tetamu termasuk ahli keluarga pihak perempuan mahupun lelaki mengambil tempat.

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara kanak-kanak berkata.

"Aunty Una dah tuyun." ujar budak tersebut. Dia adalah anak buah kepada kakak saudara Adni yang berusia 5 tahun.

Luhtfan memandang kearah Arluna yang turun dari tangga yang diiringi oleh sahabatnya sendiri.

'MasyaAllah cantiknya you.' ujarnya dalam hati sambil tidak lepas memandang kearah Luna.

Di sisi Kayden.

Kayden tidak lepas memandang kearah isterinya yang berjalan turun sambil memimpin tangan Luna.

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now