Bab 2

1.7K 26 0
                                    

Happy Reading

Tepukan gemuruh bergema di ruang bilik mesyuarat, dengan wajah terpaksa Hadeeqah turut bertepuk tangan, senyuman kelat jelas kelihatan kerana sudah tentu lebih banyak beban yang akan dia tanggung walaupun posisi nya di syarikat hanya sebagai finance executive secretary tetapi segalanya akan menjadi kucar-kacir tanpa Tan Sri Khaidra.

"Maaf Tan Sri tapi siapa yang akan ganti tempat Tan Sri?  Who's our new CEO?", soal Hadeeqah dengan nada tertanya-tanya. Tan Sri Khaidra tersenyum kecil belum sempat dia nak membuka mulut tiba-tiba

"Aku!".

Semua yang berada di bilik mesyuarat berdiri sambil bertepuk tangan dengan bangga sambil melihat wajah lelaki yang berdiri di pintu masuk bilik mesyuarat.

Suara maskulin menghentam sistem pendengaran Hadeeqah. Dia memusingkan kepala ke arah pintu bilik mesyuarat, kelihatan seorang lelaki yang sedang memakai sut hitam kemas sedang berjalan menuju ke arah mereka. Jam tangan Patek Philippe yang berharga mencecah ratusan ribu ringgit dipakai indah di pergelangan kiri tangan si dia. Bau minyak wangi maskulin membuatkan Hadeeqah hampir terbawa-bawa.

Lelaki itu berdiri di sebelah Tan Sri Khaidra sambil membetulkan butang. Mata dibawa memandang tepat kedua anak mata Hadeeqah. Tan Sri Khaidra tergelak kecil sambil memaut bahu lelaki tampan itu. Hadeeqah memandang wajah lelaki yang asing baginya.

Siapakah dia? Entah datang dari ceruk mana tiba-tiba menyampuk mesyuarat penting mereka. Hadeeqah lansung tidak pernah melihat wajah si tampan. Nampak gaya macam bossy mamat ni.

"So Hadeeqah you je yang masih belum kenal dia. This is the new Gading Emas CEO Mr Ammar Harith and for your information he's also my son", terang Tan Sri Khaidra yang membuatkan Hadeeqah terdiam. Dia memandang wajah tampan Ammar hampir 10 saat lamanya lalu terus membawa pandangan ke arah lain.

"Nice to meet you Mr. Ammar but sorry again to ask this Tan Sri but what about projek Bunga Armada? Selama ini kan Tan Sri dan Dato' Chow Siu yang uruskan projek tu jadi tak akan berlaku pertukaran ke jika ceo Gading Emas telah bertukar?", soal Hadeeqah bertubi-tubi. Dia mencuri-curi memandang Ammar yang sedang berdiri disebelah Tan Sri Khaidra.

Tan Sri Khaidra dan yang lain hanya ketawa apabila mendengar persoalan Hadeeqah. Hadeeqah sedang bersikap professional dan serius boleh pula diketawakan seperti tiada apa-apa. Hadeeqah risau jika dia terpaksa mengambil alih memikul beban dan tanggungjawab yang jujur bukan bidangnya.

"Well okay Hadeeqah don't worry my son yang akan uruskan projek tu and others as well", balas Tan Sri Khaidra.

"Tapi Tan Sri ", belum sempat Hadeeqah ingin menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Ammar bersuara

"Why?! You ingat I tak boleh uruskan projek-projek tu? Eh apa nama you Haderah? Hadibah ah whatever lah listen here woman! I tahu apa yang I kena buat untuk pastikan all those projek berjalan dengan lancar! You tak payah nak mempersoalkan kredibiliti dan kebolehan I!", tegas Ammar berkata dengan nada biasa tetapi kedengaran keras.

"Alamak kerek betul", bisik Hadeeqah perlahan.

Hadeeqah hanya mengangguk perlahan, dia tidak ingin bertikam lidah dengan Ammar. Dalam hati, dia tidak berhenti menyumpah lelaki berwajah tampan itu.

Selesai mesyuarat, satu per satu daripada mereka meninggalkan bilik mesyuarat kecuali Hadeeqah yang sedang mencatat sesuatu di dalam ipad. Ammar yang baru sahaja selesai berbual dengan Encik Fakhruddin memandang Hadeeqah yang sedang tekun membuat kerja.

Dia tersenyum sinis lalu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Pintu bilik ditutup lalu dikunci, butang close di tab yang dilekatkan di dinding ditekan. Bidai tingkap bilik mesyuarat itu secara automatik tertutup. Hadeeqah sedar akan suasana yang berubah terus mengangkat wajah lalu memandang sekeliling.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now