Bab 40

981 18 0
                                    

༆Happy Reading༆

Hadeeqah yang sedang menikmati machiatto tersentak kecil apabila kedua anak matanya memandang susuk tubuh yang sungguh dia kenali. Kelihatan Ammar dan Lily sedang bergembira meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah mewah di tengah bandar kuala lumpur. Gigi diketap kuat menahan rasa geram melihat kemesraan mereka.

Di tangan Ammar penuh dengan beg kertas berjenama yang pastinya harga mencecah puluhan ribu. Hermes, cartier dan louis vuitton adalah antaranya dan sudah pasti semuanya milik Lily. Hadeeqah menundukkan pandangan dengan sayu. Niat ke shopping mall untuk berjumpa dengan Sofrina tetapi lain pula yang jadi. Dia terus bangun dari meja dan berjalan menuju ke cashier.

Selesai membuat pembayaran, langkah Hadeeqah terhenti apabila melihat Ammar dan Lily melangkah masuk ke dalam restoran yang sama. Senyuman Ammar terus luntur apabila melihat isterinya yang sedang berdiri memandang ke arah mereka berdua. Lily yang melihat Ammar berdiri kaku terus memandang ke hadapan.

Terbit rasa menyampah di dalam diri apabila melihat Hadeeqah yang sedang memandang mereka berdua. Lily memperkemaskan pautan di lengan Ammar lalu berjalan ke arah Hadeeqah dengan bangga.

"Hi Dee tak sangka jumpa you dekat sini. Opps sorry I pinjam suami you kejap tau", dengan bangga Lily mengucapkan kata-katanya. Hadeeqah terus tersenyum kelat dengan wajah yang naik memerah menahan rasa sebak. Ulas bibir Lily mengukir senyuman kemenangan apabila melihat air muka Hadeeqah. Yes! I won Dee and you lose.

Ammar memandang wajah isterinya yang menahan sebak. Tanpa membalas apa-apa Hadeeqah terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Hadeeqah terus menyandarkan tubuhnya di belakang pintu tandas. Tapak tangannya mencengkam erat kedua sisi bajunya. Air mata gugur dengan deras apabila melihat kemesraan suaminya bersama Lily.

Ammar melangkah masuk ke dalam rumah agam nya yang gelap gelita. Dahi berkerut apabila melihat keadaan rumahnya yang sunyi dan gelap gelita itu. Suis lampu di ruang tamu dihidupkan. Kereta milik isterinya terparkir indah di garaj menandakan bahawa Hadeeqah telah pulang ke rumah.

Pintu bilik dibuka lalu kaki dibawa melangkah masuk. Lampu di wardrobe dinyalakan oleh Ammar. Kelihatan susuk tubuh isteri nya sedang tertidur di atas sejadah. Ammar terus melonggarkan tali lehernya sambil menghampiri Hadeeqah. Mana tak sakit badan asal lepas solat mesti tertidur atas sejadah. Bukan nya Ammar tidak perasan sejak akhir akhir ini Hadeeqah asyik memegang dan memicit pinggang nya sambil memasak dan menjemur kain.

Setelah beberapa kali mengejut si isteri, akhirnya Hadeeqah sedar dari tidur. Dia menggosok-gosok matanya dengan perlahan sambil bangun dari pembaringan. Kedua mata yang sembab memandang ke arah Ammar.

"Kau dah kenapa biarkan rumah gelap? Senang nak bagi orang rompak? Bukak lah lampu kalau iya pun nak tidur", bising Ammar dengan nada kasar. Hadeeqah hanya menghiraukan soalan suaminya itu.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Pekak dah? Ke tuli?!!", berang Ammar melihat Hadeeqah yang menghiraukan pertanyaan nya.

Langkah Ammar yang ingin berjalan menuju ke arah wardrobe terhenti apabila mendengar kata-kata isterinya.

"Apa lagi yang saya kena buktikan dekat awak Ammar? Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang tak cukup sampai awak sanggup menduakan saya? Apa kurang nya saya dengan Lily? You said you love me but why you still doing this?!!", luah Hadeeqah dengan nada kecewa. Sungguh hati nya benar-benar kecewa dan berkecai dengan sikap Ammar.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now