Bab 48

887 16 0
                                    

༆Happy Reading༆

Kelibat Mak Tok lansung tidak kelihatan. Hadeeqah sudah mula menunjukkan riak wajah kerisauan. Mana pula orang tua ni menghilang? Setelah puas mencari akhir nya Hadeeqah membuat keputusan untuk pergi kembali ke kedai terakhir dia meninggalkan Mak Tok.

"Excuse me, have you seen an old woman? She's wearing red scarf with black long dress", remaja itu menunjukkan isyarat bahawa dia tidak faham bahasa inggeris. Hadeeqah mengeluh kecil apabila melihat reaksi remaja perempuan itu.

Aduh macam mana ni? Mana pula Mak Tok pergi. Hendak telefon sudah mesti nya tidak dapat kerana nombor telefon Mak Tok tidak aktif.

"Affedersiniz, yaşlı bir kadın gördünüz mü? Siyah uzun elbiseyle kırmızı eşarp takıyor", soal Khaleef yang baru sahaja tiba. Hadeeqah mengangkat kedua kening nya apabila mendengar Khaleef berbicara dengan menggunakan bahasa Turkish. Quite attractive juga Khaleef ni. Eh ke situ pulak kau ni Hadeeqah!.

Akhir nya remaja itu menunjukkan keberadaan Mak Tok. Remaja perempuan itu menudingkan jari telunjuk nya ke arah Mak Tok yang sedang rancak berbual dengan beberapa wanita tua yang berasal dari Turkiye.

Hadeeqah menghembuskan nafas lega apabila melihat Mak Tok nya. Dipicit lembut pelipis sambil berjalan menuju ke arah Mak Tok. Mak Tok yang sedang gelak sakan terus terhenti apabila melihat Hadeeqah dan Khaleef yang sedang berjalan menghampiri.

"Mak Tok pergi mana? Dee punya lah risau tahu tak? Rupa nya dekat sini elok bersembang", soal Hadeeqah dengan nada kerisauan. Bukan apa dia risau jika Mak Tok sesat entah kemana-mana hala.

"Ala sorry lah Dee, dorang ni ha ajak Mak Tok minum Teh. Peramah jugak eh orang-orang Turki ni. Nasib dia ni pandai cakap melayu", balas Mak Tok teruja. Wanita tua yang bernama Ceylan pernah menetap di Malaysia selama 48 tahun. Tidak pelik jika dia memang fasih berbahasa melayu.

Malas hendak masak di rumah akhir nya ketiga mereka memutuskan untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran. Hadeeqah melabuhkan punggung di sebelah Mak Tok. Adrith pula diletakkan di dalam baby chair, Khaleef memakaikan bibs yang bercorak biru di leher Adrith. Tidak mahu baju si bayi itu kotor terkena makanan.

"I didn't know that you can speak Turkish?", soal Hadeeqah sambil melihat Khaleef yang sedang ralik menyuap Adrith. Khaleef tersengih kecil apabila mendengar pertanyaan Hadeeqah.

"Ouh yea saya tahu sikit-sikit sebab itu pun saya belajar dari kawan-kawan saya. Dulu waktu belajar kat Mesir, mostly my friends are from Turkiye. So dari situ lah saya belajar sikit-sikit plus roomate saya dulu pun orang Turkiye", jelas Khaleef. Hadeeqah mengangguk tanda faham.

Hadeeqah tersenyum kecil apabila melihat Adrith yang begitu selera menikmati vegetable purée yang dibawa oleh Hadeeqah dari rumah. Khaleef pula sedang ralik melayan si bayi.

"Amboi Ad bukan main lagi ye dengan uncle Khaleef. Cuba kalau nonna Pearl nak suap dia makan, bukan main kuat lagi menangis tak mau", dicuit lembut pipi gebu Adrith. Khaleef dan Adrith begitu serasi, Khaleef pula memang pandai melayan si kecil itu.

Usai menyegarkan diri dan Adrith. Hadeeqah merebahkan tubuh di atas katil yang empuk. Selang beberapa saat telefon Hadeeqah berdering, sebelah tangan meraba-raba meja kecil yang berada di sisi katil.

Telefon dicapai, kedua kening Hadeeqah bukan main lagi berkerut apabila melihat paparan nombor asing di skrin telefon. Tidak mahu berfikir panjang, butang hijau ditekan.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now