Bab 51

920 17 0
                                    


༆Happy Reading༆

Udara segar dihirup setibanya melangkah keluar dari KLIA. Benar sungguh jauh beza udara negara sendiri dengan negara orang. 4 bagasi disusun di dalam bonet kereta. Khaleef menutup bonet kereta sambil menjinjit beg kecil yang berisi barangan Adrith.

Hadeeqah akhirnya setuju untuk pulang ke tanah air. Dia bakal tinggal sementara di condominium yang dibeli nya sebelum dia berkahwin dengan Ammar. Condo itu hanyalah tempat dia menginap semalam dua jika Puan Wardina dan Encik Azman meluat melihat wajah Hadeeqah.

Setiba di kampung, Khaleef membawa turun bagasi Hadeeqah dan juga Mak Tok. Terasa pegal dan lenguh tubuh Khaleef, mana tidak nya 11 jam di atas pesawat tambah pula 4 jam pemanduan dari KLIA ke kampung. Haih seronok nya kalau ada orang boleh urutkan. Tak apalah Khaleef suruh lah mak kau urut kan.

Hadeeqah perlahan-lahan meletakkan Adrith yang sedang nyenyak tidur di atas tilam kecil nya. Adrith tidak berhenti meragam semasa di atas pesawat, mungkin dia tidak selesa agak nya. Sikit-sikit terjaga, buntu Hadeeqah dibuat nya nasib lah mereka duduk di bahagian business class yang tidak begitu ramai penumpang.

Khaleef meletakkan bagasi Hadeeqah di tepi pintu bilik. Khaleef mengetuk pintu bilik Hadeeqah dengan perlahan, tidak mahu mengejutkan si Adrith. Hadeeqah membuka pintu bilik nya lalu memandang Khaleef yang sedang berdiri.

"Dee saya balik dulu tau, parents saya dah tunggu dekat rumah. Kirim salam Mak Tok tau, inshallah esok kalau free saya singgah. Cium kan Adrith untuk saya", Khaleef menjengah kepala nya sedikit untuk melihat Adrith yang sedang lena.

"Terima kasih banyak Khaleef sebab bawak Mak Tok jumpa dengan saya. I couldn't say anything else other than thank you. Esok kalau free datang lah rumah main dengan Adrith", ucap Hadeeqah. Khaleef hanya mengangguk sambil tersenyum. Hadeeqah menghantar Khaleef sehingga ke hadapan pintu.

Setelah kereta Audi Q8 S milik Khaleef meninggalkan kawasan perumahan Mak Tok, pintu kayu utama ditutup rapat oleh Hadeeqah. Dia ingin mandi dan berehat, sungguh lenguh pinggang dan leher nya. Susah juga travel jauh bersama anak kecil, baru Hadeeqah faham struggle yang dihadapi oleh ibu-ibu di luar sana.

Hadeeqah terjaga dari lelap apabila mendengar tangisan Adrith yang kuat. Pelbagai cara telah dia lakukan tetapi Adrith masih menangis sehinggakan Mak Tok datang mengetuk pintu bilik Hadeeqah. Daun pintu dibuka oleh Hadeeqah, kelihatan Mak Tok yang sedang berdiri sambil memandang risau Adrith yang berada di pangkuan Hadeeqah.

"Kenapa tu Dee? Asyik meragam dari atas flight lagi. Ada yang tak kena kot", soal Mak Tok gusar. Risau jika Adrith asyik meragam sahaja, nak bercakap belum pandai lagi.

"Tak tahu Mak Tok, dari tadi lagi. Ya Allah tak pernah-pernah dia meragam macam ni", balas Hadeeqah risau. Ditepuk berkali-kali belakang Adrith untuk menenangkan dia namun tidak berjaya. Tangisan si kecil itu semakin kuat. Hadeeqah sudah mati kutu entah apa lagi yang harus dia lakukan. Hendak keluar kereta pun tak ada. Jam di dinding dipandang, jam menunjukkan pukul 8:40 malam.

"Dia lapar ke Dee?", Hadeeqah menggeleng kerana dia baru sahaja menyusukan Adrith. Hadeeqah berselawat perlahan untuk menenangkan Adrith. Nak kata panas, nak mengigil dibuat nya sejuk penghawa dingin di dalam bilik. Takkan Adrith panas kot. Kenapa ni sayang Mama?

Bukan main seronok lagi Adrith ketawa di ruang tamu sambil bermain dengan Khaleef. Lagi diagah lagi kuat tawa Adrith. Hadeeqah benar-benar buntu sehinggakan dia terpaksa meminta pertolongan Khaleef, Hadeeqah merasa bersalah apabila menelefon lelaki itu tadi, dia tahu bahawa Khaleef penat. Lihat dari wajah lesu Khaleef jelas kelihatan dia sungguh penat.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now