Bab 19

1.3K 15 2
                                    

Happy Reading

Seperti yang dijanjikan, Hadeeqah akan berjumpa dengan Raisya hari ini. Hadeeqah menunggu kehadiran Raisya di sebuah restoran. Jam tangan dilihat, hampir 15 minit dia menunggu.

Hadeeqah mengangkat wajah apabila mendengar seseorang melaung namanya. Senyuman gembira terbit di wajah Hadeeqah lantas dia bangun lalu berlari anak memeluk Raisya.

"Oh my god akak lamanya tak jumpa i miss you so much", ucap Raisya yang sedang memeluk Hadeeqah dengan erat. Terubat rindu dia terhadap Hadeeqah. Kalau tidak dahulu sewaktu di universiti, mereka berdua dianggap seperti belangkas ke sana sini sehinggakan ramai bertanggapan jika Raisya dan Hadeeqah adalah adik beradik.

Selesai memesan makanan, Hadeeqah memandang Raisya dengan penuh gembira. Raisya memaut erat tangan Hadeeqah dengan pandangan yang membawa penuh makna.

Hadeeqah menceritakan tentang perjalanan nya menghabiskan master degree di UOC. Raisya masih lagi terpaksa menghabiskan master nya di Stanford University.

"Hmm akak sebenarnya Rai ada something nak bagi tahu akak tapi Rai mohon untuk akak jangan marah Rai or judge me. I know I'm very stupid but i truly regret it and i wish I can turn back time", Raisya menundukkan kepala. Mendengar hal itu membuatkan Hadeeqah lagi penasaran tentang apa yang ingin disampaikan oleh Raisya.

"Kenapa ni Rai? Be honest with me what happened?", soal Hadeeqah ingin tahu.

Raisya memejamkan mata beberapa saat lalu menghela nafasnya. Dia memandang wajah Hadeeqah dengan gelisah kerana dia takut gadis itu akan memarahinya.

"Okay kak sebenarnya..".

Raisya gugup untuk mengatakan perkara sebenar. Dia cuba untuk mengumpul semangat nya lalu berkata

"I'm pregnant", sebaris ayat yang diungkapkan oleh Raisya membuatkan Hadeeqah tergamam.

"What?", dengan nada tidak percaya Hadeeqah menyoal Raisya semula. Raisya mengangguk benar lalu memandang wajah Hadeeqah dengan bersalah.

"Rai tahu Rai memang bodoh! Tapi akak Rai tak boleh buat apa-apa sekarang ni kalau Rai bagi tahu mummy and daddy I'm so dead akak they will kill me. Rai tak bersedia nak bagitau mereka perkara sebenar. Jadi Rai merayu sangat-sangat dekat akak untuk rahsia kan hal ni", rayu Raisya sambil memegang tangan Hadeeqah.

Apa yang boleh dikatakan oleh Hadeeqah? Sia-sia jika dia memaki Raisya kerana benda sudah pun terjadi. Raisya terlalu muda untuk menjadi seorang ibu kerana dia sendiri tidak pandai untuk menguruskan dirinya apatah lagi menguruskan seorang bayi dan membesarkan bayi dalam tempoh dia yang sedang melanjutkan pelajaran.

"Rai tak sanggup nak gugurkan kandungan ni sebab baby ni tak bersalah atas dosa Rai. Rai nak merayu sangat-sangat dengan akak untuk jadi ibu kepada anak Rai", mohon Raisya yang membuatkan Hadeeqah terpaku.

Jadi ibu? Bermakna dia harus membesarkan dan menjaga bayi itu seperti darah dagingnya sendiri. Wajah Ammar terus terlintas di fikiran, Hadeeqah teringat bahawa suatu hari nanti Ammar pasti akan melepaskan dia dan membina keluarga bahagia nya sendiri.

"Kandungan Rai berapa bulan sekarang?".

Raisya mengusap perutnya sambil menundukkan kepala lalu berkata

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now