Bab 16

1.3K 17 1
                                    


Happy Reading

Hadeeqah berjalan balik ke bilik seorang diri. Ammar? Sampai ke sudah dia lansung tidak perasan kehadiran Hadeeqah yang dari tadi memerhatikan kemesraan dia dengan wanita lain.

Bulu roma Hadeeqah tegak dirasai apabila melalui jalan tangga yang dimana kiri kanan semua hutan. Kang tiba-tiba terserempak dengan cik ponti ha sudah seminggu demam. Dia mempercepatkan langkah untuk kembali ke bilik dengan selamat.

"Okay Lily it was nice to see you again. Jangan lupa kirim salam dekat your mom and your dad", ucap Ammar lalu tersenyum manis kepada Lily. Kedua lesung pipit di pipi jelas kelihatan.

Lily merupakan sahabat karib Ammar sewaktu mereka menetap di Houston. Ammar setahun tua daripada Lily jadi mereka berdua sudah seperti adik beradik bagi Ammar tetapi tidak bagi Lily.

"Okay Am anything just call tau my number, I'm glad to see you here. Nanti kalau free jom lah kita pergi minum-minum plus i duduk area bandar so i don't see why not right", pelawa Lily. Ammar mengangguk setuju lalu tanpa aba-aba Lily terus memeluk Ammar erat membuatkan dia sedikit terkejut.

Ammar berjalan menuju ke bilik, satu bungkusan makanan dijinjit. Seteruk-teruk dia, dia tidak lupa akan isteri yang masih belum makan. Kad akses dilayangkan ke sensor lalu kaki dibawa melangkah masuk. Keadaan di dalam bilik begitu sunyi, Ammar membuka lampu di pintu masuk lalu berjalan menuju ke ruang tamu.

Plastik makanan tersebut diletakkan di atas meja. Mata melilau mencari kelibat Hadeeqah yang masih belum kelihatan. Pintu kayu yang membahagikan ruang tamu dan bilik ditarik dan kelihatan Hadeeqah sedang tidur nyenyak di atas kerusi rehat.

Ammar mengerutkan dahi kerana mengapakah Hadeeqah tidur di atas kerusi dan bukan di atas katil? Adakah Hadeeqah merajuk atau terasa dengan kata-kata Ammar siang tadi? Ah lantaklah dia memang layak untuk rasakan semua itu!!.

Selesai menggosok gigi dan membasuh muka, Ammar menanggalkan pakaian dan hanya memakai seluar tidur berwarna kelabu. Hadeeqah yang sedang nyenyak tidur di atas kerusi tanpa selimut dipandang Ammar. Hadeeqah tidur dalam keadaan duduk sambil kedua lutut bertemu di atas kerusi.

Penghawa dingin yang sejuk lansung tidak menghalang Hadeeqah untuk hanya mengenakan sleeping robe yang nipis dan singkat. Ammar mengambil selimut lalu menutupi tubuh isteri yang kesejukan.

Dia merebahkan tubuh di atas katil sambil sebelah lengan dijadikan bantal. Ammar merenung siling kayu sambil otak memikirkan beberapa hal. Isterinya yang berada di atas kerusi dipandang sejenak. Akhirnya dia memejamkan mata, badan juga letih memandu 6 jam dari rumah menuju ke pulau ini.

Hadeeqah terjaga dari tidur, dia membetulkan kedudukan nya. Mata digosok secara perlahan-lahan sambil melihat sekeliling bilik. Gelap gelita hanya lampu di pintu masuk sahaja menyinari ruang.

Hadeeqah yang ingin bangun terus menyedari selimut yang berada di peha. Adakah Ammar yang memberikan selimut itu? Senyuman nipis terukir di bibir sambil memandang suaminya yang sedang nyenyak tidur.

Malas ingin berfikir panjang, dia terus naik ke atas katil lalu baring disebelah Ammar yang tidur membelakangi Hadeeqah. Lantak lah apa jadi Hadeeqah terus memeluk pinggang suaminya dengan begitu erat.

Bau wangi kulit Ammar yang tidak berbaju membuatkan Hadeeqah lena. Akhirnya mereka berdua tidur dengan nyenyak bersama di atas katil. Ni kalau Ammar tahu mahu mengamuk jadi singa jadian.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now