Bab 41

929 15 0
                                    

༆Happy Reading༆

Hadeeqah termenung di atas sejadah sambil isi fikirannya teringat akan kata-kata Doktor Nora siang tadi sewaktu dia melakukan pemeriksaan di hospital.

"kandungan awak masih lemah jadi saya cadangkan awak untuk banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Awak kena amalkan minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan supaya anak awak boleh membesar dengan sihat dan kuat. Saya tengok awak lemah sangat dan kadar gula awak dalam darah sangat rendah. Saya takut hal ini akan effect baby awak", nasihat doktor pakar sakit puan itu. Hadeeqah sungguh terkedu apabila dia dikhabarkan hamil. Ya Allah betul ke ni? Pelbagai perasaan yang dia rasa ketika ini sedih, gembira, tidak percaya semua ada.

Tangan mengusap lembut perut yang masih kempis. Tidak dia sangka akan ada penghuni di dalam rahim nya. Hadeeqah sendiri tidak sangka bahawa dia akan menjadi seorang ibu. Dia sedang berperang dengan perasaannya dia sendiri tidak tahu sama ada dia gembira atau takut. Dia takut jika Ammar tidak mahu menerima bayi itu. Otak jelas mencerna apa yang dikatakan Ammar bahawa Hadeeqah lansung tidak layak untuk menjadi ibu kepada anak-anak nya.

"Mama akan jaga baby okay even papa tak peduli pasal kita. One day mama akan bawa baby pergi jauh dari sini, we're gonna live together for ever", ucap Hadeeqah sambil mengusap kandungan nya yang masih kecil. Satu keluhan berat dilepaskan, hati nya berbelah bahagi dengan kehadiran si kecil.

Ammar termenung di dalam bilik pejabatnya, dahi berkerut-kerut sambil memikirkan sesuatu. Telefon pintar dicapai lalu kedua ibu jari nya laju menaip sesuatu di layar skrin.

"ehh tak kan lah? eh tak tak kau je fikir yang bukan bukan Am", Ammar membaca dengan teliti artikel tentang tanda-tanda penyakit kanser. Mintak simpang lah semoga seluruh ahli keluarga nya dijauhkan dari sebarang penyakit.

Bukan apa dia perasan sejak akhir-akhir ini dia sering melihat isteri nya memakan banyak buah-buahan dan sayuran lebih dari sebelum ini. Sebelum tidur juga Hadeeqah pasti akan minum segelas susu tetapi bila diambil kotak susu itu jelas tertulis susu untuk menguatkan tulang. Tanpa Ammar tahu Hadeeqah telah menukar bungkusan kotak susu itu agar Ammar tidak mengetahui tentang kandungan gadis itu.

"Takkan orang ada anxiety kena banyak makan sayur and buah? Alah mungkin dia buang tebiat kot. Dah dah kau tak payah sibuk lah nak fikir pasal perempuan tu Am", monolog Ammar sendirian. Ammar sebenarnya masih peduli  tentang keadaan isterinya tetapi disebabkan ego nya yang tinggi melangit kalah KLCC itu membuatkan dia melayan Hadeeqah dengan kasar.

Loceng rumah agam berbunyi berkali-kali. Hadeeqah berdecit sambil menuruni tangga dengan berhati-hati. Siapalah siang-siang buta ni tekan loceng banyak kali. Pintu kayu dibuka dan kelihatan Lily yang sedang memakai dress merah paras atas peha. Cermin mata hitam ditanggal lalu diletakkan di dalam bag.

"Ammar mana?", bahu Hadeeqah dilanggar dengan sengaja oleh Lily yang selamba badak sahaja melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

"Ada nampak Ammar dekat sini? Tak ada kan? So makna nya dia dekat office lah! Dah tua bangka pun benak lagi perempuan ni", balas Hadeeqah. Lily memandang Hadeeqah dengan penuh geram macam lah dia tidak dengar kata-kata Hadeeqah.

"You jangan nak kurang ajar eh! Lepas ni kau tu jadi orang gaji je untuk aku! Aku dan Ammar akan kahwin lepas ni dan aku akan jadi ketua dalam rumah ni! Kau boleh berambus dan tidur dekat bilik maid!", dengan selamba  Lily mengarah-arahkan Hadeeqah. Hadeeqah memandang Lily atas bawah, tangan terasa ringan sahaja ingin melempang wajah Lily. Ini kalau lempang berdebu satu rumah mana tidak nya makeup bukan main tebal.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now