Bab 27

1.4K 18 0
                                    

༆Happy Reading༆

Hadeeqah membuka kedua mata perlahan-lahan. Dia cuba untuk bangun namun sakit kepala yang melampau menghalang Hadeeqah dari berbuat demikian. Berkerut-kerut dahi nya apabila melihat sekeliling, pelbagai persoalan berlegar-legar di dalam fikiran.

Bagaimana dia boleh berada di dalam bilik? Hadeeqah membulatkan mata apabila menyedari bahawa baju yang dipakainya malam tadi telah ditukar.

Ammar yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang yang berisi makanan melihat gelagat Hadeeqah yang sedang gelabah sambil meraba-raba baju yang dipakai oleh wanita itu. Hadeeqah terus mengangkat wajah apabila melihat Ammar yang sedang berjalan menghampiri katil.

Terus dia berundur ke belakang dan comforter tebal ditarik rapat menutupi tubuhnya, dia takut untuk bertentang mata dengan suami nya. Ammar meletakkan dulang yang berisi bubur, segelas air dan beberapa jenis ubat-ubatan di atas meja yang terletak di sisi katil.

Ammar tanpa berkata apa-apa terus mencapai bubur yang baru sahaja dimasaknya, perlahan-lahan dia mengaul bubur yang masih panas. Melihat Hadeeqah yang sedang berselubung di dalam comforter, Ammar terus menarik perlahan comforter dan melihat Hadeeqah yang sedang memintal hujung baju tidur nya.

"Nah makan", arah Ammar datar. Sudu yang berisi bubur disuakan ke mulut Hadeeqah. Hadeeqah yang masih bingung akan sikap suaminya, tanpa berkata apa-apa dia terus membuka mulutnya.

"Sedap tak?", soal Ammar. Hadeeqah tanpa reaksi hanya mengangguk perlahan. Lapar sungguh Hadeeqah kerana dia berjaya menghabiskan semangkuk bubur ayam yang dimasak oleh Ammar.

Tiga jenis ubat ditelan oleh Hadeeqah. Hadeeqah curi-curi memandang Ammar yang sedang menutup botol-botol yang berisi ubat-ubatan. Dalam hati, dia sedang berdebat sama ada patutkah dia bertanyakan tentang siapakah yang menukarkan pakaiannya.

"Erk awak, awak ke yang tukarkan baju saya?", soal Hadeeqah diiringi dengan sengihan. Mendengar akan pertanyaan Hadeeqah, Ammar terus memandang isterinya lalu mengangguk.

"Asal kau malu? Lagipun aku bukan orang pertama yang tengok body kau sepenuhnya so tak payahlah nak malu sangat!", perli Ammar lalu terus bangun sambil mengangkat dulang yang berisi mangkuk dan cawan.

Hadeeqah menundukkan kepalanya apabila mendengar perlian Ammar. Perlukah lelaki itu memerlinya? Apa lagi yang Hadeeqah harus lakukan untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah disentuh oleh lelaki lain? Hadeeqah masih mempertahankan iman dan takwa untuk menjaga kehormatan dirinya. Allah masih melindungi Hadeeqah walaupun dia hampir dirosakkan oleh suami makcik nya sendiri.

Semasa dia dijumpai oleh umi dan walid dalam keadaan yang mengaibkan sewaktu dia tinggal bersama arwah makciknya. Hadeeqah terus dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kerana takut jika dia diperkosa oleh teman rapatnya yang meletakkan sejumlah dadah yang tinggi dalam makanan dan minuman Hadeeqah. Hadeeqah juga ditahan hampir satu minggu di wad untuk benar-benar kembali bersih dari kesan dadah yang mengalir di dalam darah dan tubuhnya.

Alhamdulillah setelah diperiksa oleh doktor yang ditugaskan untuk menjalankan rawatan ke atas gadis itu, dia didapati bebas dari pemerkosaan kerana tiada kesan mahupun tanda dia diperkosa.

Hadeeqah kembali merebahkan tubuh atas katil. Jujur dia terasa dengan perlian Ammar, lelaki itu hanya percaya dengan apa yang dilihatnya tanpa usul periksa. Hadeeqah mencebikkan bibirnya sedih lalu menghamburkan tangisan di bawah selimut.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now