Bab 14

1.2K 18 4
                                    


Happy Reading


Memandangkan hari ini hari Sabtu bermakna Ammar dan Hadeeqah tidak akan ke pejabat. Hadeeqah turun ke tingkat bawah sambil mengikat rambutnya menjadi messy bun.

Sedang dia membancuh air, Ammar berjalan menuju ke peti ais. Sekali dikerling isterinya yang sedang membancuh air. Messy bun gadis itu menampakkan tengkuk putih mulus tak dilupakan juga Hadeeqah yang memakai kain batik bersama t-shirt putih lengan pendek. Entah apa mimpi gadis itu ingin memakai kain batik.

Ammar meneguk air dengan rakus sambil memerhatikan tubuh isterinya yang sedang menyediakan sarapan. Pandangan terus dibawa ke tempat lain apabila Hadeeqah menoleh kan badannya melihat Ammar yang sedang berada di belakang.

"Awak nak sarapan tak?", soal Hadeeqah lembut. Nasi goreng kampung dicedok ke dalam pyrex bulat.

"Tak nak", balas Ammar lalu meninggalkan Hadeeqah sendirian. Hadeeqah menghela nafasnya apabila melihat perangai suaminya yang masih belum berubah.

Selesai menjemur kain, Hadeeqah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di tepi swimming pool. Wajah gelisah dan keliru jelas terlihat, adakah patut dia menelefon umi nya. Pesanan Hadeeqah hanya dibaca tanpa dibalas oleh Puan Wardina.

Tanpa berfikir panjang dia terus mendail nombor telefon Puan Wardina. Berharap umi nya akan berlembut kerana hampir 5 bulan Hadeeqah tidak pulang ke rumah.

"Assalamualaikum umi", ucap Hadeeqah lembut sekali.

"Apa kau nak!", kasar sekali pertanyaan dibalas. Senyuman luntur apabila mendengar Puan Wardina berkata begitu.

"Umi, walid dan abang sihat? Dee rindu umi dan walid, Dee mintak maaf kalau Dee jarang call umi sebab Dee ada banyak kerja dekat office", tutur nya lembut walaupun dia tahu Puan Wardina lansung tidak kisah.

"Kami sihat walafiat belum mati lagi! Eh aku tak kisah pun kau nak telefon tanya khabar atau tidak bagi kami kau tu dah tak wujud faham! Anak aku Haider dan Haifa je faham bukannya kau. Anak tak tahu untung macam kau ni tak layak nak jadi anak aku!", pekik Puan Wardina berkata. Hadeeqah mengalirkan airmata deras apabila mendengar cemuhan umi nya.

"Dee minta maaf umi sebab Dee tak dapat jadi anak yang baik buat umi dan walid, Dee tahu Dee dah banyak menyusahkan umi dan walid. Betul Dee pun rasa Dee tak layak untuk jadi anak umi dan walid kerana umi dan walid jauh lagi baik dari Dee. Kadang-kadang Dee rasa mungkin Dee ni anak angkat umi dan walid je sebab Dee lansung tak pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Dee akan sentiasa mendoakan kesejahteraan umi dan walid walaupun umi dan walid benci Dee. Dee takkan lupa untuk balas jasa baik umi dan walid membesarkan Dee".

Mulut ditekup untuk menahan rasa sebak. Terhincut-hincut bahu menahan rasa sedih dan hiba di dalam dirinya. Entah apa yang harus dia lakukan untuk memuaskan hati semua pihak.

"Aku pergi dulu buang masa je cakap dengan kau!", panggilan telefon dimatikan sepihak oleh umi nya.

Hadeeqah meletakkan telefon nya di atas meja lalu menangis teresak-esak di sebalik tapak tangannya yang menutupi wajah. Kenapa ujian hidupnya teruk seperti ini?.

Ammar yang menyaksikan semuanya di sebalik tirai mula jatuh kesian dengan isterinya. Dia sendiri perasan akan layanan mertua nya terhadap isterinya seolah-seolah Hadeeqah bukan anak mereka sehinggakan Encik Azman tidak mahu untuk menjadi wali sewaktu pernikahan Ammar dan Hadeeqah. Puas dipujuk barulah dia setuju itupun muka masam macam pekasam.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now