Bab 56

1.2K 29 7
                                    


༆Happy Reading༆

Sebaik sahaja kenderaan milik Ammar memasuki perkarangan rumah, Cik Man terus berjalan menuju ke arah lelaki itu. Ammar melangkah keluar dari Audi Rs7 Sportback milik nya lalu terus membawa pandangan memandang Cik Man.

"Lambat balik hari ni Encik Ammar", tegur Cik Man dengan ramah. Ammar tersenyum kelat sambil mengangguk lalu mencapai brief case yang terletak di seat belakang.

"How's today Cik Man? Semua okay?", soal Ammar lalu menutup pintu kereta. Cik Man mengganguk kecil dan berkata

"Alhamdulillah okay aje. Ahh apa ni anak kawan Puan Sri ada datang sini tadi. Dia ada tanya pasal Encik Ammar tapi Cik Man kabor yang Encik Ammar ada kat office", terang Cik Man. Ammar mengerut nipis kening apabila mendengar penerangan Cik Man. Dah kenapa pulak anak kawan mama tu nak tanya pasal aku?

"ouh tak apa lah kalau macam tu, saya masuk dulu Cik Man. Penat betul hari ni", ujar Ammar lalu menepuk lembut bahu Cik Man. Ammar membawa langkah menuju masuk ke dalam rumah. Tengkuk dan pinggang terasa sungguh pegal, jadual dia hari ini begitu padat mana tidak nya dari pagi sampai petang menghadap meeting bersama investors.

Lauk pauk lazat disusun kemas di atas meja. Puan Wardina tersenyum gembira sambil melihat Adrith yang sedang bermain bersama suami nya di ruang tamu. Malam ini Hadeeqah dan Mak Tok akan bermalam di rumah umi dan walid. Memandang lusa Hadeeqah akan pulang terbang ke Turkiye. Berbunga-bunga hati Puan Wardina apabila melihat kegirangan anak dan cucu nya, sudah lama dia tidak merasakan suasana gembira seperti ini.

Bersinar-sinar mata Hadeeqah apabila melihat 5 jenis lauk pauk yang kelihatan begitu lazat. Sudah lama Hadeeqah tidak merasai air tangan umi lebih-lebih lagi lauk kegemaran Hadeeqah iaitu udang masak lemak bersama labu. Dua senduk nasi dicedok ke dalam pinggan milik Hadeeqah. Haider tersenyum sambil memandang adik nya yang sedang menikmati masakkan umi.

Haider berasa gagal untuk menjadi seorang abang yang baik buat Hadeeqah, dahulu dia lah yang selalu menyakitkan hati adik nya walaupun dia tahu Hadeeqah tiada salah silap terhadap nya.

"Bukak mulut airplane coming weeee", sudu berisi bubur nasi disuap ke dalam mulut Adrith. Bukan main berselera Adrith makan masakkan umi. Mereka semua yang berada di meja makan tergelak kecil apabila mendengar ketawa girang si kecil.

"Sedap tak nenek masak? Adrith suka tak sayang?", soal umi sambil mengusap lembut ubun-ubun si kecil. Adrith yang sedang duduk di baby chair mengukir senyuman sambil memperlihatkan beberapa batang gigi hadapan yang baru tumbuh.

Sebaik sahaja panggilan dimatikan oleh Hadeeqah, bahu disentuh lembut oleh seseorang dari belakang. Kepala menoleh ke belakang dan kelihatan Haider yang sedang memegang dua cawan berisi coffee.

"Coffee?", pelawa Haider sambil mengangkat kedua cawan. Hadeeqah tersenyum kecil lalu mengangguk. Kedua cawan diletakkan di atas meja lalu kedua mereka melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di tepi kolam renang. Haider memandang wajah adik nya, dahulu dia lah yang paling benci untuk memandang wajah Hadeeqah. Kalau boleh bayang dia pun Haider tak mahu lihat.

"Dah lama rumah kita tak rasa suasana riuh macam tadi. Thank you sebab adik sanggup datang sini dan maafkan kami semua. Abang mintak maaf because I failed to be a good brother for you", ucap Haider dengan nada gembira berbaur sebak. Dia sedar banyak silap dia terhadap Hadeeqah. Hadeeqah tersenyum kelat apabila mendengar kata-kata Haider. Mahu atau tidak Hadeeqah haruslah memaafkan keluarga nya.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now