Bab 61

953 25 4
                                    


༆Happy Reading༆

Kedua lutut Ammar jatuh menyembah bumi dengan sebak. Hadeeqah terus mengerutkan kening apabila melihat tindakan Ammar. Dia memandang beberapa kanak-kanak yang sedang menyaksikan mereka berdua, ini masalah orang tua korang apa tahu!.

"Eh awak buat apa ni? Bangun lah Ammar! Jangan nak malukan saya boleh tak", Hadeeqah menarik tangan Ammar untuk bangun tetapi dihiraukan. Dia menggaru kepala apabila melihat kelakuan Ammar. Ingat ni drama pukul 7 ke apa nak melutut bagai.

"Sayang, please! Jangan hukum abang dengan cara macam ni. Awak nak marah,pukul or maki abang silakan tapi bukan macam ni. Tolong jangan pisahkan abang dengan Adrith, dia anak kita sayang. Abang tahu sayang benci abang, tolong jangan cakap macam ni. Abang tak sanggup nak hilang sayang dan Adrith", Ammar menangis teresak-esak di hadapan Hadeeqah. Buat pertama kali Hadeeqah melihat Ammar menangis dan merayu.

"Saya tak tipu Ammar, awak ingat saya nak main-main ke dengan benda macam ni?!. Adrith bukan anak awak ataupun saya!", dengan pantas Ammar memandang wajah Hadeeqah. Apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu? Ya Allah apa semua ini? Dia terus bangun dan berganjak ke belakang. Pelipis dipicit tanda tidak percaya, sukar untuk dia menelan hakikat.

"Sayang jangan main-main! This is not funny at all!!",  nada suara Ammar berubah. Suara Ammar naik seoktaf kerana dia lansung tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Hadeeqah. Sah-sah lah Adrith anak dia dan Hadeeqah kerana wajah si kecil itu mirip mereka berdua. Hadeeqah menelan air liur apabila melihat wajah Ammar, urat hijau di tengkuk dan dahi jelas kelihatan menandakan Ammar benar-benar marah.

"Saya tak main-main Ammar. Adrith Amsyar is not our child. Awak ingat saya cuba nak buat lawak ke? Iya saya tahu susah awak nak terima tapi ini adalah hakikat Ammar. Adrith bukan anak kita, dia bukan darah daging kita. Anak kita dah lama tak ada Ammar", dengan sebak Hadeeqah berkata. Tidak sanggup mulut nya untuk mengeluarkan kenyataan. Air mata gugur jatuh, sebak hati apabila mengenang malam dia diusir keluar oleh Ammar.

Ammar terus memandang Hadeeeqah dengan wajah tidak percaya. Hadeeqah memandang sebak wajah Ammar sambil mengangguk. Pahit untuk ditelan tetapi itulah kenyataan. Otak Ammar cuba untuk mentafsir terlalu banyak benda yang harus dia hadapi.

"Adrith bukan anak kita Ammar, anak kita dah lama mati! Awak yang bunuh anak kita! Awak bunuh anak saya!!", dada Ammar dipukul Hadeeqah bertubi-tubi. Kepala Hadeeqah dirangkul Ammar dalam pelukan. Hadeeqah melepaskan tangisan di dalam pelukan Ammar, pelukkan yang sungguh dia rindukan selama ini. Ammar mengusap kepala isteri nya dengan sebak, kedua mata dipejam dengan penuh kesal. Ego dan dendam dia selama ini telah memakan diri nya sendiri.

Ammar teringat akan malam dia menolak tubuh Hadeeqah ke arah pagar rumah. Diseret dengan paksa tubuh Hadeeqah tanpa belas kasihan di atas jalan raya. Tangisan dan rayuan Hadeeqah dihiraukan, sikap zalim Ammar benar-benar melampui batas sehingga dia kehilangan zuriat yang sedang dikandung Hadeeqah ketika itu. Dihalau tidak ubah seperti anjing kurap, Ammar menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.

Hadeeqah meleraikan pelukan dengan kasar. Air mata dikesat lalu dia berkata sambil memandang Ammar yang masih mendiamkan diri

"Puas hati awak? Now you know everything! So please lepaskan saya! Saya dah tak ada apa-apa nak bagi awak Ammar! Ceraikan saya dan berkahwin lah dengan wanita pilihan awak, saya percaya masih banyak lagi perempuan dekat luar sana yang layak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak-anak awak. Saya tak boleh terima awak semula Ammar".

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now