Bab 62

1.5K 29 7
                                    


༆Happy Reading༆

Petang nya, Ammar harus berangkat pulang ke Kuala Lumpur dek kerana ada beberapa hal penting yang perlu dia uruskan. Sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan mama, rindu sungguh dia akan mama. Kaki memijak birai tangga hadapan rumah kampung berkonsep moden milik Mak Tok.

Dipaut lembut tangan Mak Tok sebelum dikucup lembut belakang tapak tangan wanita tua itu. Ammar tersenyum kecil sambil memandang Mak Tok, dia menghulurkan 5 keping note berjumlah RM 100 buat Mak Tok. Mak Tok menggeleng kepala berkali-kali tanda tidak mahu, segan rasa nya apabila Ammar menghulur duit belanja.

"Tak apa Mak Tok Am ikhlas, buat lah belanja beli lauk ke", ikhlas Ammar berkata. Dia beralih memandang umi dan walid yang sedang berdiri di sebelah Mak Tok. Kedua mereka dipeluk dengan erat, dari tadi lagi Hadeeqah hanya mendiamkan diri dalam pada anak mata mengekori pergerakan Ammar. Malas hendak memandang dia, umi dan walid tak habis-habis menyuruh Hadeeqah ikut Ammar pulang bersama ke Kuala Lumpur namun apakan daya? Hadeeqah terpaksa menurut lagi pun sudah lama dia meninggalkan kondominium nya. Ada beberapa barang yang ingin dia beli sebelum dia terbang pulang ke Turkiye.

Selesai sesi berpelukan, tubuh melangkah masuk ke dalam perut kereta. Adrith yang sedang nyenyak tidur dalam car seat dipandang Hadeeqah sekilas nasiblah si kecil itu sudah terbiasa tidur setiap kali menaiki kereta. Suasana perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sungguh hening apabila kedua mereka hanya mendiamkan diri.

"Sayang nak makan apa-apa tak before abang hantar balik?", soal Ammar sambil memandang Hadeeqah yang sedang berpaling memandang jendela. Tidak berkata apa-apa si gadis hanya mengeleng tanda tidak mahu.

"Are you sure? Tak nak beli groceries dulu? Dekat rumah mesti dah tak ada apa-apa kan, kesian sayang nanti lapar malam-malam", soal Ammar lagi. Risau jika buah hati nya kelaparan malam-malam, makanan dekat luar sana bukan kita tahu cara penyediaan dia bersih atau tidak. Hadeeqah mengeluh kecil lalu mengangkat wajah dan berkata

"Pandai-pandai lah saya nak cari makan kalau saya lapar, saya bukan nya budak-budak. Selama ni elok je saya cari makan sorang-sorang! Tahu lah saya nak buat apa, awak tak payah sibuk!", selamba Hadeeqah berkata lalu berdengus kecil. Ammar hanya tersenyum kelat apabila mendengar rungutan si isteri. Malas ingin bertengkar jadi tak apalah dia tidak mahu mengulas panjang risau naik singa Hadeeqah dibuat nya.

Dua luggage bersaiz medium dan kecil dibawa turun keluar dari bonet. Adrith yang masih tidur di dalam car seat dipandang Hadeeqah, Ammar menghampiri isteri nya yang ingin membawa si kecil keluar dari tempat duduk belakang.

"Its okay abang angkat Adrith, sayang bawak beg je". Baby carrier diangkat dengan penuh hati-hati oleh Ammar tidak mahu membangunkan si kecil. Sebelah tangan mengangkat baby carrier manakala sebelah lagi menjinjit duffle bag yang berisi barangan Adrith. Kad akses dilayangkan di sensor yang berada di dalam lift, butang tingkat 35 ditekan oleh Hadeeqah. Hadeeqah mengurut perlahan tengkuk belakang nya yang terasa lenguh, usai tiba di tingkat 35 Ammar mempersilakan isteri nya untuk melangkah keluar terlebih dahulu.

Kaki melangkah masuk ke dalam duplex kondominium milik Hadeeqah, Ammar meletakkan Adrith di atas sofa yang terletak di dalam ruang tamu. Selesai meletakkan Adrith di dalam bilik, Hadeeqah melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Dia memandang pelik Ammar yang hanya berdiri di tepi sofa, jelas kelihatan wajah penat lelaki itu.

"Boleh abang duduk?", pinta Ammar lembut. Hadeeqah mengangguk kecil lalu menuju ke bilik untuk menyegarkan diri.

Usai mandi dan menunaikan solat isyak, Hadeeqah melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Ammar sedang nyenyak tidur sambil terduduk di atas sofa. Jam di dinding dikerling menunjukkan pukul 12:15 pagi.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now