Bab 52

917 18 2
                                    


༆Happy Reading༆

Bonet kereta ditutup rapat. Barang keperluan Adrith seperti lampin dan susu yang berada di dalam beg galas kecil diletakkan di seat penumpang belakang. Mak Tok yang dari tadi berdiri memerhatikan Hadeeqah di tepi tangga mengukir senyuman. Dia berharap supaya ada sinar buat Hadeeqah. Selesai memeriksa kesemuanya Hadeeqah berjalan menghampiri Mak Tok.

"Okay Mak Tok Dee gerak dulu. Apa-apa call tau! Jangan diam je", dipeluk erat tubuh Mak Tok. "Duit belanja Mak Tok Dee ada tinggalkan bawah lapik dekat kabinet dapur. Jangan berjoli pulak ye".

Bahu Hadeeqah ditampar geram oleh Mak Tok. Ada saja benda nak mengusik Mak Tok. Puas ditegah Mak Tok, tidak perlu lah Hadeeqah memberi dia duit belanja tetapi diendah.

Kereta Audi Q8 S milik Khaleef yang dipandu Hadeeqah meluncur keluar dari halaman rumah Mak Tok. Sebenarnya Hadeeqah bercadang ingin menyewa kereta tetapi dihalang oleh Khaleef. Dia risau jika kondisi kereta sewa yang dipandu Hadeeqah tidak selamat jadi biar lah Hadeeqah membawa kereta Khaleef.

Setelah 4 jam menempuh perjalanan akhir nya dua beranak itu tiba dengan selamat di ibu kota. Hadeeqah menghembus nafas lega apabila melihat Adrith yang sedang tidur lena. Nasib dia tidak meragam sepanjang perjalanan kalau tidak mahu runsing Hadeeqah ingin memujuk Adrith.

Sensor di pintu berbunyi beberapa saat apabila pintu rumah dibuka. Hadeeqah melangkah masuk ke dalam rumah yang telah ditinggal sekian lama. Kondisi rumah nya masih terjaga kerana setiap 3 bulan sekali akan ada pembantu yang diupah oleh Hadeeqah untuk membersihkan rumah itu. Bagasi bersaiz besar dan kecil diletakkan di tepi dinding bersebelahan dengan meja makan.

Tali pinggang carrier yang melilit tubuh Adrith dibuka, diangkat dengan berhati-hati bayi yang sedang lena tidur. Hadeeqah melangkah masuk ke dalam bilik tidur, butang on di remote penghawa dingin ditekan.

Selesai mandi dan menunaikan kewajipan, Hadeeqah membawa diri baring di sebelah Adrith. Badan dipusing menghadap Adrith, diangkat dengan perlahan tangan halus gebu si bayi. Senyuman terukir di sudut bibir sambil memandang Adrith yang sedang tidur. Sungguh geram dan comel! Rasa ingin ngomol kuat-kuat!.

Dia terfikir akan nasihat Mak Tok. Benar kata Mak Tok, pulang lah selagi ada peluang. Ibu bapa cuma ada satu sahaja di dalam dunia. Cuba perlahan-lahan memaafkan mereka dengan hati terbuka, setiap manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Hadeeqah juga pernah melakukan kesilapan, setiap manusia layak diberikan kemaafan atau peluang kedua. Namun Hadeeqah sedar dan mengaku, dia tidak suka akan peluang kedua. Dia bukan jenis yang pemaaf dan senang melupakan kisah lalu.

Perut Hadeeqah berkeroncong seolah-olah ada konsert di dalam perut. Dia memegang perut yang terasa lapar, nak makan tapi satu apa pun tak ada dalam fridge. Nak order grab banyak kedai tak halal je ada. Dia mencebik sambil menggaru kepala. Melihat Adrith yang sedang bermain dengan anak patung, Hadeeqah membuat keputusan untuk keluar membeli barang dapur.

Satu persatu buah Avocado dibelek Hadeeqah, makanan kesukaan dia setiap kali sarapan adalah avocado egg toast. Tiga keping dada ayam yang telah dibalut kemas dicapai begitu juga dengan sekeping filet mignon. Tekak nya terasa ingin makan steak.

Sedang leka memilih rempah-rempah masakan, Adrith tiba-tiba menangis. Hadeeqah terus meletakkan botol rempah kembali di rak. Dia terus bercangkung di hadapan stroller Adrith. Mencebik-cebik sedih Adrith sambil memandang mama nya. Adalah tu yang tidak kena. Hadeeqah cepat-cepat memilih barang keperluan lalu terus membuat pembayaran.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now