Bab 38

917 13 1
                                    


༆Happy Reading༆

Lily mendengus kasar kerana sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Ammar namun tidak diangkat. Dia meraup kasar rambut nya sambil teriak. Dia geram dan marah pada Ammar! Lelaki semua sama bagi janji itu ini tapi sudahnya?

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya panggilan diangkat oleh Ammar. Ammar yang baru selesai mandi mengerutkan keningnya apabila melihat 23 missed calls dari Lily. Tanpa berfikir panjang dia terus menghubungi gadis kesayangannya.

Kedengaran suara Lily diseberang talian, suara kesal dan marah jelas didengari oleh Ammar. Ammar menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila disoal oleh Lily bertubi-tubi.

"You pergi mana? Banyak kali I call tak angkat! You tipu I ke Ammar? Why? You dah jatuh cinta ke dengan isteri you tu?!!", soal Lily dengan nada kesal. Ammar menghela nafasnya apabila mendengar kata-kata Lily. Ya, Ammar mengaku salah dia juga kerana mengabaikan gadis itu sejak dia pulang ke kampung.

Jatuh cinta? Mulut kata lain begitu juga dengan hatinya. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya terhadap Hadeeqah.

"Eh sayang you cakap apa ni? Jatuh cinta? Excuse me, I dah kahwin dengan perempuan tu almost setahun dah and I memang tak ada perasaan lansung dekat dia. Listen here sayang, like I said you're the only person who's going to be my wife and mother for my children. Not her!!", pujuk Ammar dengan nada lembut sekali. Dia tidak mahu Lily merajuk dengannya walaupun dia tahu dirinya sendiri tidak mencintai Lily.

Permainan apakah yang Ammar cuba lakukan? Mempermainkan dua orang wanita sekali gus termasuk isterinya. Ammar berperang dengan perasaan nya sendiri yang cuba menidakkan bawaha dia memang telah jatuh cinta dan sayang terhadap isterinya namun kerana benci yang tersemat dan ego yang tinggi melangit dia sanggup menolak jauh perasaan itu.

"Jangan tinggalkan I Ammar, you know how much I love you sayang! Please Ammar I'm begging you!", rayu Lily kepada Ammar. Ammar hanya tersenyum apabila mendengar rayuan gadis itu.

Hadeeqah mengusap air matanya yang gugur tanpa dia sedari. Segala perbualan Ammar dan Lily jelas menghentam sistem pendengaran gadis itu. Segala kata-kata yang dilontarkan Ammar sungguh sakit seolah-olah hati nya disiat-siat oleh pisau. Apa lagi yang mampu untuk dia lakukan supaya Ammar belajar untuk menerima dan mencintai Hadeeqah?

Tidak mahu Ammar menyedari kehadiran Hadeeqah, dia terus melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia membawa diri ke dapur untuk membasahkan tekak. Niat nya masuk ke bilik kerana ingin mengajak Ammar untuk memberikan teh chamomile yang dibancuh oleh nya tadi tetapi tidak sangka pulak hal lain yang jadi.

Ammar menghampiri isterinya yang sedang termenung di hadapan kitchen kabinet sambil memegang mug yang kosong. Dia membuka peti ais untuk mengambil minuman sambil melihat isterinya yang masih berdiri statik sambil menundukkan kepala memandang cawan kosong.

"Woi!", tiada respon daripada Hadeeqah. Ammar mengerutkan kening apabila melihat isterinya. Sekali lagi Hadeeqah disergah, barulah dia tersedar dari lamunannya. Dia terus membawa pandangan memandang wajah suaminya.

"Kau asal jadi tugu negara kat sini? Tak ada kerja lain dah?", perli Ammar. Hadeeqah hanya menggelengkan kepala tanpa memandang wajah Ammar. Kalau nak jadi tugu negara pun apa salah nya?! Lebih baik jadi patung tak adalah sakit hati selalu.

Perbualan Ammar bersama Lily masih berlegar-legar di dalam fikiran. Entah apa lagi yang harus dia lakukan untuk membuat Ammar menerima Hadeeqah seadanya. Kejar cinta manusia sungguh menyeksakan. Pelbagai cara telah dilakukan namun lansung tiada perubahan. Mungkin suatu masa nanti, Ammar akan menerima Hadeeqah apabila dia meninggalkan Ammar. Hadeeqah merasakan diri nya tidak berharga buat Ammar, sungguh sulit untuk dia meraih cinta dari suami nya sendiri.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now