Bab 5

1.3K 24 0
                                    

Happy Reading


Ammar termenung di bawah gazebo yang terletak di tepi swimming pool. Dalam otak sedang memikirkan seribu satu cara untuk mendapatkan Hadeeqah. Dia harus balas dendam kepada Hadeeqah supaya segala sengsara yang dihadapi oleh keluarganya akan terbalas.

Jari jemari dikepal kuat apabila teringat akan wajah Hadeeqah. Dendam yang membara di dalam hati membuat Ammar ingin memastikan Hadeeqah tidak akan hidup dengan bahagia!. Nyawa harus dibalas dengan nyawa itu sumpah Ammar.

"Abang akan dapatkan keadilan untuk sayang. Mark my words and you Dee kau takkan akan bahagia perempuan!!".

Hadeeqah tersedar dari mimpi buruknya. Dia bermimpi bahawa Ammar mengajaknya untuk berkahwin dan yang paling teruk dia terima lamaran lelaki itu. Dia meraup wajahnya kasar lalu terus bangun dari pembaringan dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Seperti biasa Hadeeqah akan turun ke tingkat bawah ketika ahli keluarga nya sedang bersarapan. Encik Azman memandang sekilas wajah perempuannya lalu dijeling Hadeeqah yang tidak bersalah.

Langkah Hadeeqah terhenti apabila namanya dipanggil oleh Encik Azman. Hadeeqah perlahan-lahan memusingkan tubuhnya melihat mereka semua yang berada di meja makan.

"Eh perempuan! Sekali lagi aku ingatkan kau rumah aku ni bukan hotel kau sesuka hati boleh keluar masuk! Nak balik lambat sesuka hati kau!!. Apa kata kau kahwin je Dee, kan senang ada orang nak jaga kau tak pun kau duduk je rumah lepas kahwin jaga anak. Kau tu bukannya pandai mana macam abang dan kakak kau. Kau tu buat kami malu pandailah!! Tak payahlah nak berangan kerja bagus-bagus sangat, percayalah cakap aku cukup masa Gading Emas tu buang kau nanti", hambur Encik Azman lalu tersenyum sinis seakan akan bangga dengan kata-katanya.

Pagi-pagi lagi sudah menggores hati anak perempuan nya. Hadeeqah hanya mendiamkan diri apabila walid nya menyuruh dia untuk mendirikan rumah tangga. Adakah ini satu petanda untuk dia berkahwin? Malam tadi dia bermimpi berkahwin dengan Ammar dan pagi ni walid nya menyuruh dia untuk berkahwin.

Bala sungguh memang bala!!.

"Dee tak nak kahwin walid! Dee tak bersedia nak jadi isteri orang. Dee minta maaf kalau walid marah sebab Dee selalu balik lewat tapi there's nothing that i can do walid. It's my job and my responsibility untuk siapkan kerja Dee", terang Hadeeqah lembut. Haider berdecit apabila mendengar penerangan adiknya.

Hadeeqah meminta diri untuk berangkat ke tempat kerja. Lebih baik dia beredar sebelum di maki dengan lebih teruk oleh Puan Wardina. Sekali umi nya membuka mulut selagi itulah Hadeeqah tidak boleh pergi dari situ.

Lamunan Hadeeqah terhenti apabila bunyi hon kereta bertalu-talu diberikan oleh pemandu di belakang. Dia cepat-cepat membelok ke kanan apabila menyedari lampu isyarat telah bertukar hijau. Punya lama termenung sampai tak sedar lampu sudah bertukar hijau nasib tidak dimaki oleh pemandu belakang.

Tiba di pejabat, perkara pertama yang dilakukan oleh Hadeeqah adalah menuju ke pantri untuk membancuh hot chocolate kerana dia masih belum bersarapan. Sofrina yang sedang duduk menikmati sarapan di meja makan menegur Hadeeqah yang sedang mengelamun sambil mengacau hot chocolate.

"Air tu kau nak gaul sampai dia jadi jelly ke?", gurau Sofrina lalu tergelak kecil. Lamunan Hadeeqah terhenti, sehelai tisue roll dikoyakkan.

"Ni mesti belum breakfast lagi kan? Haih kau ni Dee sampai bila nak macam ni? Asal datang office mesti belum breakfast apa memang susah sangat ke mulut kau nak telan sarapan pagi?", bebel Sofrina sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Hadeeqah.

Hadeeqah tersenyum hambar lalu membuka bungkusan nasi lemak. Dengan bacaan bismillah, dia memulakan suapan pertama dengan begitu nikmat. Nasi lemak kak Rozi memang yang paling sedap dia pernah makan. Kak Rozi merupakan seorang janitor di syarikat Gading Emas, dia menjual nasi lemak dan beberapa kuih muih sebagai pendapatan sampingan.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now