Bab 32

1.7K 21 1
                                    

༆Happy Reading༆

Hadeeqah teresak perlahan dalam tidurnya. Dahi berkeringat walaupun keadaan di dalam bilik tidur seperti di dalam peti sejuk beku. Ammar terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi esakkan tersebut.

Dia membuka lampu tidur disebelah lalu menepuk perlahan bahu Hadeeqah. Hadeeqah berulang kali menggelengkan kepala dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

"No please don't!! I'm begging you!", rayu Hadeeqah sambil tangan mencengkam rambut nya sendiri.

Ammar yang menyaksikan isterinya seperti itu terus mengejutkan Hadeeqah supaya dia sedar. Hadeeqah sepantas kilat membuka matanya, kedua anak mata memandang siling bilik sambil tersedu sedan.

"Dah dah tidur tidur", ucap Ammar lembut sambil mengusap rambut isteri nya. Hadeeqah menoleh kepala memandang Ammar disebelah. Dia merapatkan tubuhnya ke arah Ammar lalu memeluk erat pinggang lelaki itu.

Hadeeqah memandang sekeliling bilik dengan ketakutan lalu berkata

"He's here! Julius is here! He's trying to rape me! Aunty didn't know about this!", ucap Hadeeqah tanpa sedar lalu kembali memeluk Ammar dengan erat. Ammar memandang sekeliling bilik tidurnya, kecut perut jugalah apabila mendengar Hadeeqah berkata seperti itu kerana hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam rumah.

Ammar mengerutkan dahinya apabila mendengar Hadeeqah yang sedang mengigau. Siapa Julius? Apa maksud Hadeeqah? Ammar memandang Hadeeqah yang sedang tidur dengan lena di dalam pelukan. Banyak lagi benda yang Ammar belum tahu tentang isterinya.

Hadeeqah terjaga dari tidur apabila merasakan sesuatu yang berat melingkari pinggangnya. Dia menoleh ke belakang kelihatan Ammar yang sedang memeluk tubuh nya dengan erat sekali. Hadeeqah dengan perlahan-lahan melepaskan pelukan Ammar lalu bangun dari pembaringan.

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Hadeeqah terlepas untuk menunaikan solat subuh jadi dia bergegas ke tandas untuk menyegarkan diri dan mengambil wudhuk. Usai menunaikan qadha solat subuh Hadeeqah terus bangun dan melipat telekung lalu disimpan ke tempat asal.

Dia memandang Ammar yang sedang tertidur lena di atas katil. Hadeeqah tersenyum kecil apabila melihat Ammar yang sedang tidur. Dia membawa langkah turun ke tingkat bawah.

Ammar terjaga dari tidur apabila dia mendapati Hadeeqah tiada disisi. Dia menggosok perlahan matanya lalu melihat sekeliling bilik. Ammar bingkas bangun lalu menuju ke bilik air.

Kedua anak mata mencari-cari keberadaan Hadeeqah semasa dia sedang dalam perjalanan turun ke tingkat bawah. Ammar menuju ke dapur namun kelibat Hadeeqah tidak kelihatan, Ammar juga telah memeriksa bilik tetamu di tingkat bawah tetapi Hadeeqah masih belum kelihatan.

Ammar yang melihat sliding door menuju ke laman telah terbuka, dia terus berjalan menuju ke arah pintu tersebut. Ammar melangkah keluar menuju ke halaman luar, kelihatan Hadeeqah yang sedang menjemur pakaian mereka.

Diperhatikan setiap pergerakan gadis itu. Disebabkan hari cuti Hadeeqah bercadang untuk tidak menggunakan mesin pengering pakaian kerana baju-baju mereka boleh cepat rosak jika sering menggunakan mesin pengering baju jadi lebih baik dia menjemur pakaian pakaian nya di bawah cahaya matahari.

Hadeeqah melangkah masuk ke dalam rumah sambil sebelah tangan memegang bakul, sedikit terkejut apabila melihat Ammar yang sedang bersandar di dinding sambil memerhatikan diri nya. Jam di dinding dilihat, baru pukul 8:20 pagi mengapakah Ammar bangun dengan awal sekali?.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now