Bab 42

960 15 0
                                    

༆Happy Reading༆

Ammar tersedar dari tidur nyenyak nya apabila mendengar bunyi air paip di dalam bilik air mengalir. Ammar bangun dari pembaringan lalu menoleh ke sebelah. Susuk tubuh isterinya tiada di atas katil.

Huekk... Huekkk..

Ammar mengerutkan dahi apabila mendengar bunyi itu. Dia terus bangun dan berjalan menuju ke arah bilik air. Kelihatan Hadeeqah sedang berdiri lemah di hadapan singki. Ammar mengintai isteri nya yang sedang mual-mual.

Hadeeqah menutup kepala paip di singki. Ammar terus berlari menuju ke arah katil dan berpura-pura kembali tidur. Muncul pelbagai tanda tanya tentang keadaan isterinya. Adakah Hadeeqah menghidapi penyakit kronik?

"Ya allah Engkau peliharakan lah kesihatan isteriku Ya Rahman", mohon Ammar kepada Sang Pencipta. Hadeeqah kembali baring di sebelah Ammar. Ammar yang sedang berpura-pura tidur mendengar desahan kecil Hadeeqah yang sedang menahan sakit.

Paginya, Ammar bersiap-siap untuk ke pejabat. Fikirannya masih melayang memikirkan kejadian malam tadi. Adakah isterinya sakit? Sungguh dia risau akan keadaan Hadeeqah dan demi apa pun dia tidak mahu perkara buruk menimpa isterinya.

Ammar melangkah turun ke tingkat bawah dengan tubuhnya lengkap dan kemas memakai sut hitam. Dia berjalan ke meja makan lalu mencapai secawan kopi yang disediakan oleh Hadeeqah. Kelihatan sliding door terbuka luas menandakan isterinya berada di luar.

Ammar berdiri di sebalik langsir sambil mengintai Hadeeqah yang sedang menjemur pakaian di halaman. Dia mengerutkan kening apabila melihat wajah Hadeeqah yang pucat dan lesu.

Lamunan Ammar terhenti apabila Hadeeqah mencuit lembut bahu lelaki itu. Ammar terus berdehem lalu meletakkan secawan kopi di atas meja lalu ingin berjalan meninggalkan isterinya.

"Awak kejap", panggil Hadeeqah. Dia terus menghampiri Ammar lalu berdiri di hadapan tubuh tegap lelaki itu. Bau
inyak wangi yang dipakai Ammar, menusuk hidung Hadeeqah. Sungguh dia akan rindu bau itu buat selama-lama nya.

"Ni tie awak ni senget lah. Awak ada meeting kan hari ni so kena lah pakai elok-elok", ucap Hadeeqah dengan lembut. Kedua tangan sedang ralik memperkemaskan tali leher suami nya. Ammar tidak berkelip memandang wajah isteri nya yang pucat. Bibir Hadeeqah sungguh kering dan menggelupas.

"Asal bibir kau kering? Minum lah air banyak sekarang cuaca tak menentu kejap panas kejap sejuk", nasihat Ammar. Hadeeqah tersenyum kecil apabila mendengar nasihat suaminya. Dalam diam Ammar masih pedulikan tentang keadaan isterinya.

Hadeeqah menyalami tangan suaminya buat pertama kali sejak mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Ammar yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam GLA 45 nya terus terhenti apabila Hadeeqah memanggil nama lelaki itu.

"Ha awak saya lupa nak bagi tahu, ummm boleh tak kalau saya nak mintak izin? Saya ingat nak ajak mama pergi lunch hari ni. Boleh tak?", ucap Hadeeqah lalu tersengih. Tekak nya tiba-tiba mengidam ingin makan asam pedas daging di satu kedai terkenal di Bangsar.

"Ha pergilah", balas Ammar lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta mewahnya. Hadeeqah tersenyum gembira akhirnya boleh menikmati asam pedas daging yang enak itu. Dia menelan air liur tanda tidak sabar untuk menjamah juadah kegemaran nya. Otak terbayang-bayang kuah pekat asam pedas apabila disiram di atas nasi. Ahh tak sabar nya nak makan!

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now