Bab 57

710 21 1
                                    


༆Happy Reading༆

Ammar termenung sejenak di hadapan laptop, otak dan fikiran terganggu melayang entah kemana-mana. Nafas dihela kasar sambil memicit pelipis. Rambut diraup kasar ke belakang jelas menunjukkan Ammar sedang serabut. Lamunan terhenti apabila pintu bilik pejabat diketuk dari luar.

Julia iaitu pembantu peribadi Ammar melangkah masuk ke dalam ruang pejabat. Ammar membetulkan tali leher nya dengan kemas, Julia meletakkan beberapa fail di atas meja.

"Encik Ammar ini fail yang Encik Ammar kena sign before pukul 12. Nanti pukul 1 tengah hari Encik Ammar ada meeting dengan Tan Sri Hong Man, and after that you're free", jelas Julia. Ammar hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Selesai menanda tangan beberapa dokumen, Julia terus melangkah keluar. Takut pula dia ingin duduk lama-lama dalam bilik Ammar, bukan dia tak tahu Ammar sedang serabut. Telefon di atas meja dicapai lalu ibu jari lincah menekan sesuatu di atas skrin.

"Aku rindu kau Dee,tolong jangan tinggalkan aku Dee!. Setiap hari aku doa supaya Allah pertemukan kita semula. Aku jahat dengan kau Dee, aku minta maaf. Aku kejam, aku dayus, aku dah sakitkan anak kita". Air mata Ammar mengalir sambil mengucup lembut skrin telefon nya yang memaparkan gambar dia dan Hadeeqah.

 Air mata Ammar mengalir sambil mengucup lembut skrin telefon nya yang memaparkan gambar dia dan Hadeeqah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum", tersenyum kecil Mak Jah sambil menyambut kehadiran Hadeeqah. Dia datang ke rumah untuk melawat dan menjaga Puan Elyna. Hadeeqah melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga mertua nya sambil menjijit satu paper bag yang berisi makanan.

"Bawak apa tu Dee?", soal Mak Jah sambil melihat Hadeeqah meletakkan paper bag yang berisi makanan di atas meja. Dua bekas makanan dibawa keluar dari beg kertas.

"Ouh ni Dee bawak nasi lemak sambal sotong, Dee saja masak lebih sebab nak bawak sini sikit", balas Hadeeqah ramah. Mak Jah tersenyum kecil lalu kedua mereka menuju ke dapur. Azwa yang baru sahaja keluar dari tandas terus berlari anak ke arah Hadeeqah dengan gembira, bukan main suka dia dengan kehadiran Hadeeqah.

"Mak Jah Dee naik atas tengok mama kejap tau", Mak Jah mengangguk perlahan. Kedua pasang mata Azwa dan Mak Jah menghantar pemergian Hadeeqah yang sedang berjalan keluar dari kawasan dapur.

Selesai memasak makanan tengah hari, Hadeeqah dengan berhati-hati membawa dulang berisi makanan naik ke tingkat atas. Pintu bilik Puan Elyna ditolak dengan perlahan sambil kaki dibawa melangkah masuk. Sup ayam herba yang masih panas ditiup halus oleh Hadeeqah. Ulas bibir tidak berhenti mengukir senyuman apabila melihat mama yang makan dengan sungguh berselera.

Sedang Hadeeqah ralik menyuap Puan Elyna tiba-tiba pintu bilik dirempuh masuk oleh Azwa. Si gadis mencekak sebelah pinggang sambil tercungap-cungap, maklumlah bilik Puan Elyna terletak di tingkat atas sekali. Hadeeqah mengerutkan dahi sambil memandang Azwa dengan pelik. Dah kenapa dengan si Azwa ni?

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now