Bab 34

1.1K 22 0
                                    


༆Happy Reading༆

Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam kedai yang menjual pelbagai minuman keras . Sekeping seratus dollar diletakkan di atas meja cashier. Seorang lelaki yang berambut perang memandang pelanggan tetapnya.

"You again? How long you gonna do this? You're still under age! Hey you know that you can get caught by the police!", kata lelaki berambut perang. Sudah beberapa kali dia memberi amaran kepada Hadeeqah bahawa untuk tidak memberi minuman keras tanpa kad identiti yang sah. Had umur untuk membeli minuman keras adalah untuk 18 tahun dan keatas sedangkan Hadeeqah baru berumur 14 tahun.

Hadeeqah mengeluh kecil apabila mendengar teguran lelaki itu. Mahu atau tidak dia terpaksa akur akan arahan makciknya jika tidak pasti dia akan diseksa secukupnya.

"Just give me the usual", kata Hadeeqah dengan wajah dingin. Dia tahu apa yang dilakukannya ini adalah salah di sisi undang-undang dan dia boleh ditahan jika didapati bersalah tetapi apa pilihan yang dia ada?

5 botol minuman keras diisi di dalam beg plastik hitam. Hadeeqah terus tersenyum kelat dan berjalan keluar dari kedai tersebut. Tombol pintu tersebut dipulas lalu kedua kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Hadeeqah terbatuk-batuk apabila membau asap rokok yang menusuk hidung nya. Asap rokok tersebut memenuhi ruang tamunya yang kecil. Hadeeqah meletakkan plastik hitam yang berisi minuman keras di atas meja lalu terus melangkah menuju ke bilik air.

Pejam celik pejam celik sudah hampir beberapa belas tahun Hadeeqah dibela oleh makciknya sendiri. Pelbagai dugaan dan ujian dihadapi oleh Hadeeqah. Hari ini merupakan hari graduasi semua pelajar menengah atas di sekolah tersebut. Hadeeqah terduduk di dalam tandas kerana dia sebak melihat rakan-rakan nya yang lain bermesra bersama ibu bapa mereka sedangkan dia?

Kenapa dia harus menghadapi semua ini seorang diri? Mempunyai ibu bapa dan keluarga yang lansung tidak mempedulikan dia. Hadeeqah sedih dan cemburu dengan rakan-rakan nya yang lain. Bagaimanakah rasanya disayangi oleh kedua ibu bapa? Dia terlalu muda untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang terlalu pahit untuk ditelan namun apakah daya? Dia tidak mempunyai sebarang pilihan.

End flashbacks

Hadeeqah memandang Ammar yang sedang fokus menghadap laptop. Hampir 4 jam lebih Ammar menyiapkan kerja nya, lelaki tampan itu sungguh tekun dalam menyiapkan tugasan dan tanggungjawab nya kerana jika bukan dia siapa lagi?

"Dia ni tak penat ke? Dari tadi menghadap laptop je?", omel Hadeeqah seorang diri sambil memandang Ammar. Tapi handsome jugak muka Ammar waktu stress. Hihi nampak hot!

Tidak mahu berfikir panjang, Hadeeqah menghela nafas panjang lalu terus memejamkan mata. Kalau nak menunggu Ammar menyiapkan kerja memang tak tidur lah Hadeeqah dibuat nya.

 Kalau nak menunggu Ammar menyiapkan kerja memang tak tidur lah Hadeeqah dibuat nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now