Bab 6

1.2K 18 2
                                    


Happy Reading


Puan Wardina melangkah masuk ke dalam bilik anak bongsunya iaitu Hadeeqah. Suasana bilik yang sungguh muram, bingkai gambar yang tersusun rapi di atas rak televisyen dicapai oleh Puan Wardina. Satu senyuman terukir dibibir apabila melihat gambar bahagia mereka satu keluarga sewaktu berada di Alps Switzerland.

Disebabkan benci yang tersemat di dalam hati, sanggup seorang ibu membenci darah dagingnya sendiri akibat fitnah dan malu yang dilemparkan ke atas Hadeeqah tanpa bukti yang kukuh. Bertahun-tahun Hadeeqah tidak merasakan kasih sayang dari seorang ibu mahupun kasih sayang keluarga.

Air mata Puan Wardina gugur dengan deras tipu jika dia tidak merindui anak gadisnya walaupun mereka tinggal sebumbung. Tidak ingin lama-lama di bilik Hadeeqah, Puan Wardina terus melangkah keluar dari bilik anak bongsunya.

Di pejabat, keadaan begitu tegang sekali apabila semua pekerja dipanggil untuk hadir mesyuarat yang diadakan secara mengejut oleh Ammar. Bilik mesyuarat dipenuhi dengan semua karyawan dan pihak atasan. Ammar memandang satu persatu wajah pekerjanya dengan dingin terutama wajah Hadeeqah. Mereka semua menundukkan kepala kerana tidak ada dari mereka yang berani bertentang mata dengan Ammar yang kelihatan seperti singa yang menunggu bila-bila masa untuk membaham mangsanya.

Mereka semua mengangkat wajah dengan riak muka yang pelik apabila Ammar menepuk tangannya dengan senyuman gembira. Dengan ragu-ragu mereka semua memandang majikan mereka yang berkelakuan aneh itu.

"Good job everyone, our first project in Kuwait has finally launch", ucap Ammar bangga. Tepukan gemuruh mengisi seluruh bilik mesyuarat yang luas. Mereka semua bersorak gembira dan menayangkan wajah gembira.

Projek Gading Emas di Kuwait telah berjaya dimulakan. Salah satu kerja sama syarikat Tan Sri Khaidra bergabung dengan syarikat minyak di negara pelantar minyak itu. Bukan senang untuk menjadi rakan kerja syarikat minyak terkemuka itu kerana syarikat minyak tersebut merupakan syarikat yang menduduki tangga ke-7 sebagai pembekal utama sumber minyak dunia.

"So saya panggil anda semua untuk meraikan kejayaan kita tetapi.. tetapi semua ini tidak akan berjaya di lakukan tanpa bantuan my best employee Miss Heidi", tepukan gemuruh kedengaran apabila nama Heidi disebut oleh Ammar.

Heidi tersenyum malu-malu apabila menerima pujian daripada Ammar. Tergedik-gedik di sebelah Ammar sambil menepuk tangan. Wajah Hadeeqah yang sedang duduk di hujung bilik mesyuarat di pandang sinis oleh Heidi.

"Since this is one of our biggest success, saya dah berbincang dengan board director bahawa Heidi akan dinaikkan pangkat sebagai chief financial officer", ucapan Ammar membuat Hadeeqah mengangkat sebelah keningnya. Dia tidak percaya dengan pangkat yang diberikan oleh Ammar.

Ini bermakna Hadeeqah akan bekerja dibawah Heidi. Hampir 4 tahun dia berusaha untuk dinaikkan pangkat tetapi usahanya sia-sia sahaja apabila Heidi telah merebut pangkat idamannya. Hadeeqah tersenyum kelat sambil menepuk tangan supaya tidak jelas kelihatan bahawa dia sedikit kecewa akan pengumuman tersebut.

Sofrina yang berdiri di tepi Ammar perasan akan air muka Hadeeqah yang berubah apabila nama Heidi diumumkan sebagai Chief Financial Officer atau lebih tepat sebagai CFO.

Kesemua mereka meninggalkan bilik mesyuarat dengan gelak tawa riuh apabila mengetahui bonus mereka akan dinaikkan 8% akibat kejayaan projek minyak tersebut. Hadeeqah bangun dari kedudukannya sambil memegang pinggangnya yang lenguh.

Belum sempat dia ingin membuka pintu bilik mesyuarat tiba-tiba pintu ditutup dan dikunci. Hadeeqah memandang wajah si pelaku siapa lagi kalau bukan Ammar. Dia menghalang satu-satunya laluan keluar masuk bilik mesyuarat itu.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now