Bab 60

975 22 3
                                    


༆Happy Reading༆

"Ammar nak makan?", pelawa Puan Wardina kepada menantu nya. Cucur jagung yang baru diangkat dari kuali diletakkan ke dalam bekas bulat.

"Tak apa lah umi, Am tak lapar kejap lagi Am makan", Ammar membalas dengan senyuman. Punggung dilabuhkan di kerusi meja makan, kelihatan Hadeeqah sedang menyuap Adrith potato puree. Lincah tangan si kecil mengetuk riang meja baby chair. Ammar mengambil sehelai tisu lalu mengelap mulut Adrith yang comot.

"Sedap nya, anak papa makan apa tu?", soal Ammar dengan manja. Adrith tersenyum girang sambil menayangkan beberapa batang gigi yang baru sahaja tumbuh. Puan Wardina memandang anak nya yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

Ammar mencuit pipi mulus Adrith dengan geram. Dia tidak menyangka akhirnya Allah telah menjawab segala permintaan yang dia panjatkan walaupun dia tahu Hadeeqah masih marah dan merajuk tentang apa yang telah Ammar lakukan. Dia berharap agar Allah lembutkan hati Hadeeqah untuk menerima Ammar semula. Cukuplah tiga tahun Hadeeqah menghilangkan diri tanpa khabar, Ammar tidak dapat membayangkan bertapa seksa Hadeeqah melahirkan dan membesarkan Adrith seorang diri tanpa suami di sisi.

"Dee kenapa tak cedok kan mee goreng tu untuk Ammar?", soal Mak Tok yang baru sahaja pulang dari kebun belakang. Hadeeqah mengeluh kecil lalu memandang Ammar yang sedang memandang Mak Tok.

"Eh tak apa Mak Tok, Am tak lapar sangat", balas Ammar ramah. Hadeeqah membuat riak wajah menyampah, nak tunjuk baik depan semua orang ke? Sengaja nak biar semua orang nampak yang aku ni jahat dengan suami sendiri?.

Haider dan isteri nya Sarah berjalan menuju ke dapur sambil berpegangan tangan. Hadeeqah memandang Haider yang sedang membantu isteri nya menuruni tangga dengan hati-hati. Maklumlah Sarah sedang sarat ketika ini, kandungan nya telah mencecah 8 bulan. Tidak sabar Hadeeqah ingin menimang anak saudara.

"Amboi dua orang ni, sweet macam baru kahwin pulak Mak Tok tengok", puji Mak Tok. Haider tersenyum bangga sambil menarik kerusi lalu mempelawa isteri nya untuk duduk. Ammar memandang Hadeeqah yang sedang menyuap Adrith dengan muka dingin.

Puan Wardina curi-curi memandang anak perempuan nya yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Dia bertentang mata dengan Haider, kedua kening naik turun memberi isyarat kepada si anak untuk memecahkan kesunyian.

"umm so apa plan kau lepas ni Am?", soal Haider tiba-tiba. Ammar terus mengangkat wajah memandang Haider. Dia memandang sekilas Hadeeqah yang berada di hadapan.

"Tak ada apa, lusa aku balik KL. Lagipun kesian mama kat rumah tak ada kawan", mendengar itu membuatkan Hadeeqah terus memandang wajah Ammar. Agak-agak dia tahu atau tidak tentang Hadeeqah yang sering menziarah Puan Elyna.

 Agak-agak dia tahu atau tidak tentang Hadeeqah yang sering menziarah Puan Elyna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now