Bab 50

982 21 5
                                    


༆Happy Reading༆

Tanpa sedar air mata jantan Ammar akhir nya mengalir. Rakaman dashcam yang diserahkan oleh pihak polis tadi diulang berkali-kali. Mata dikunci pada skrin ipad, beberapa saat pandangan mulai kabur. Tubir mula terasa hangat, empangan air mata akhir nya gugur membasahi pipi. Titisan yang diiringi dengan penyesalan.

Rakaman yang membuktikan segala kebenaran tentang apa yang menimpa Puan Elyna. Kenapa baru sekarang kebenaran terungkai? Dayus nya aku Ya Allah.

Ammar dihurung seribu satu rasa bersalah apabila melihat Hadeeqah yang dipukul bertubi-tubi cuba menyelamatkan Puan Elyna. Jelas kelihatan wajah Hadeeqah yang sedang menahan sakit. Ammar memejamkan mata nya kesal apabila melihat rakaman itu.

Dipeluk erat tubuh ibu mertua nya, biarlah dia yang menanggung rasa sakit. Hadeeqah tidak mahu Puan Elyna menanggung kesakitan lagi, biarlah tubuh Hadeeqah yang menjadi pelindung buat Puan Elyna.

Selama ini Ammar sangka dengan dendam dan kebencian terhadap Hadeeqah akan berjaya memuaskan hati dia namun Ammar silap. Semakin lama diri nya dihantui oleh rasa bersalah dan penyesalan. Pemergian arwah Irina adalah satu ketentuan yang telah di tulis oleh Sang Pencipta. Ammar fikir jika dia terus menyeksa Hadeeqah, diri nya akan puas namun tidak. Segala penyeksaan, cemuhan dan makian yang dilontar kan terhadap Hadeeqah adalah satu kebodohan paling terbesar yang Ammar pernah lakukan.

Ammar teringat akan kata-kata khatib sewaktu dia menghadiri khutbah jumaat yang lalu. Diri berasa tenang apabila dia semakin ingin dekat di jalan Tuhan.

"Dosa dengan Allah, kita boleh mohon ampun kepada Allah. Seteruk mana pun kita pasti keampunan kita akan diterima. Tetapi dosa dengan manusia tuan-tuan? Tidak akan terhapus macam tu sahaja. Dosa dengan manusia wajib kita mohon ampun dari manusia tersebut. Sebab itu kita kena berhati-hati dengan kata-kata dan perbuatan kita. Dosa dengan manusia ni bahaya tuan-tuan. Si empunya badan harus lah memaafkan baru hati kita bersih".

Pesanan khatib tersebut benar-benar menusuk kalbu Ammar. Dia sedar selama ini Allah berikan dia segala nya terutama dari segi harta dan kemewahan tetapi dia tetap berasa ada sesuatu yang kosong dalam hidup nya.

Sekeping gambar ultrasound milik Hadeeqah diusap sayu oleh Ammar. Siapa sangka ada malaikat kecil di dalam rahim isteri nya. Ammar terjumpa gambar itu sewaktu dia ingin mencari barang nya yang berada di atas almari. Tarikh yang tertulis di gambar itu adalah sehari sebelum dia menghalau Hadeeqah keluar dari rumah.

Diri nya benar-benar terasa bodoh dan tidak berguna. Ammar merasakan bahawa dia gagal dalam hidup nya kerana menyeksa wanita yang dia cintai. Ammar telah kehilangan dua wanita yang dipinjam buat nya. Kehadiran Irina dalam mimpi Ammar yang lalu benar-benar membuat lelaki itu menyedari bahawa dia harus terima dan yakin dengan takdir yang telah disusun oleh Allah.

Ammar sungguh kesal kerana menyakiti wanita yang sungguh tulus mencintai nya. Cara dia menghukum Hadeeqah seolah-olah gadis itu bersalah sedangkan kereta yang dipandu Irina lah yang melanggar Hadeeqah. Tetapi Ammar tidak peduli akan hal itu, bagi dia Hadeeqah lah yang harus dipertanggungjawabkan.

"Maafkan papa sayang! Papa gagal jaga mama dan awak", dicium sayu sekeping gambar ultrasound milik Hadeeqah. Ammar teringat akan malam dimana dia menghalau Hadeeqah. Betapa kuat dia menolak tubuh Hadeeqah di atas jalan. Ego melangit Ammar menepis rasa peduli apabila melihat Hadeeqah mengaduh sakit sambil memegang perut nya pada malam kejadian.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now