Bab 13

1.2K 16 0
                                    


Happy Reading

Jari jemari Hadeeqah yang sedang laju menaip sesuatu terhenti apabila pintu bilik nya diceroboh masuk begitu sahaja oleh Ammar. Dia mengangkat wajahnya memandang Ammar. 4 fail tebal dicampakkan di atas meja.

"Siapkan semua akaun ni by today jugak!", arah Ammar datar. Hadeeqah membuka salah satu fail tersebut dan wajahnya dikerut.

Kerana kesemua fail tersebut telah siap di finalize kan dan lulus untuk dihantar ke pihak atasan tetapi kenapa Ammar menyuruh nya untuk menyiapkan fail-fail tersebut.

"Tapi semua ni dah siap awak", balas Hadeeqah bingung. Ni kes sengaja nak buli ke apa? Haih Ammar Harith ni perangai tak matang lansung untuk jadi ceo.

"Apa kau cakap?! Awak?!!", soal Ammar lantang. Dia memejamkan matanya dua tiga saat sambil memicit pelipis.

"Eh perempuan sekarang ni kita dekat office! Kau jangan nak tunjuk privilege kau jadi isteri aku dekat sini!! Kau sama je dengan mereka yang dekat luar, tu kau kerja bawah aku! Aku yang bayar gaji kau so panggil aku Encik Ammar!! Aku tak nak satu pun tahu tentang perkahwinan malang kita ni faham!!", tegas Ammar memberi amaran.

Hadeeqah mendiamkan diri sambil bermain jari jemarinya di bawah meja. Mengapa Ammar melayan Hadeeqah dengan teruk sekali? Dekat rumah nak marah dekat office pun sama?!.

"Siapkan semua ni faham! Aku tengok semua ni ada atas meja aku sebelum 8 pagi esok! Lambat siap kau Dee memang meminta dengan aku!".

Pintu pejabat ditutup dengan kasar. Hadeeqah menghela nafas lalu memegang dadanya yang terasa perih. Perih kerana diperlakukan sedemikian oleh suami sendiri.

Hampir 5 jam lebih Hadeeqah terperuk di dalam bilik pejabatnya menyiapkan semula report-report yang disuruh oleh Ammar tadi walhal perkara itu bukan kerja nya. Sepatutnya Heidi sebagai CFO yang harus memeriksa semua nya kembali!

Apa yang dia lihat Heidi hanya kehulur kehulir keluar masuk pejabat sahaja seolah-olah tiada pekerjaan. Dalam meeting bukan main tunjuk hebat macam dia yang buat semuanya tapi bila buat kerja hancur lansung tak perform.

Hadeeqah keluar dari lif menuju ke tingkat 30 untuk mengambil file data di dalam bilik simpanan yang terletak di hujung bangunan. Dia menyuruh Seri iaitu pembantunya untuk mengambil file tersebut tetapi gadis itu dari tadi hilang dari pandangan nya entah kemana mungkin sembelit kerana dia mengaduh sakit di bahagian perut nya.

Kad akses dilayangkan di sensor lalu pintu bilik penyimpanan dokumen tersebut dibuka. Hadeeqah menelan air liur apabila melihat keadaan yang sunyi di dalam bilik tersebut. Jarang sekali ada yang masuk ke dalam bilik itu kecuali Encik Leong namun lelaki berbansa cina itu dikhabarkan tidak akan masuk bekerja kerana dia sedang menjalani operasi mata.

Tangan Hadeeqah meraba-raba suis lampu yang terletak di tepi. Suis lampu tersebut ditekan dan hanya menyinari separuh sahaja ruang di dalam bilik.

Tidak ingin melengahkan masa Hadeeqah terus mencari section yang menyimpan dokumen yang ingin dia cari. Setiap lorong yang telah diletakkan nombor khas di teliti nya, rak rak yang bersusun seperti di dalam perpustakaan itu membuatkan Hadeeqah keliru dimanakah harus dia mencari dokumen yang diperlukan.

Cari punya cari akhirnya dia menjumpai bahagian tersebut. Hadeeqah dengan ragu-ragu ingin mencapai kotak yang berada di bahagian atas. Disebabkan ketinggiannya tidak membantu, dia terus menggaru kepala.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now