Bab 55

971 21 2
                                    


༆Happy Reading༆

Ammar terjaga dari tidur bagai ada sesuatu yang menarik roh nya untuk kembali ke dalam badan. Nafas berderu kedengaran dengan peluh yang membasahi dahi. Jam di dinding menunjukkan pukul 3:10 minit pagi. Mimpi nya terasa begitu nyata sekali, tanpa dia sedari tubir mata hangat bergelimpangan dengan air mata yang tunggu masa sahaja untuk mengalir jatuh.

Pandangan dibawa ke sebelah, sedari ruang disebelah kosong tanpa ada susuk tubuh yang selalu ada disitu. Sebelah tangan dibawa mengusap ruang kosong yang selalu diisi oleh Hadeeqah ketika dahulu. Air mata akhirnya jatuh mengalir membasahi pipi. Bayangan Hadeeqah sering hadir di dalam mimpi dan seolah-olah mimpi yang dia alami terasa begitu nyata. Di dalam mimpi Ammar, dia melihat Hadeeqah sedang mengendong seorang bayi di tepi tasik. Apabila dipanggil kedua kelibat itu menghilang entah kemana. Setiap malam Ammar dihantui bayangan isteri nya. Mungkin itu adalah balasan dari tuhan kerana memperlakukan Hadeeqah begitu teruk sekali.

Terniat di dalam hati untuk menunaikan solat tahajjud. Mungkin dia tersentak dan terjaga dari mimpi merupakan satu panggilan dari Nya untuk meluahkan segala masalah yang terbuku di dalam hati. Seakan Sang Pencipta tahu betapa berat dan gundah nya hati Ammar sekarang ini, perlahan Ammar bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Selesai memberi salam terakhir, lama Ammar duduk terdiam di atas sejadah. Begitu banyak yang ingin dia luahkan tetapi tidak mampu diluahkan. Segala apa yang dia lakukan terhadap Hadeeqah terngiang di dalam dalam kepala. Ya Allah, dimana isteriku berada? Bawalah dia kembali disisiku Ya Rabbi.

Kedua tapak tangan diangkat berdoa, menyedari diri hanyalah sekecil-kecil hamba di muka bumi ini. Mulut Ammar seolah-olah terkunci tidak mampu untuk berkata-kata sedangkan hati nya sedang meluahkan rasa yang dia alami ketika ini. Belum sempat dia ingin membuka mulut untuk berdoa, air mata mendahului mengalir jatuh menyembah bumi.

"Ya Allah, ampuni segala salah silapku terhadap mu. Bawalah isteriku pulang disisiku Ya Allah, Kau lembutkan lah hatinya untuk memaafkan aku Rabbighfirli. Aku sedar dahulu aku dayus dan lalai untuk menjaga titipan terindah dari Mu buatku. Aku menyesal Ya Allah, bawalah Hadeeqah pulang, pimpin lah dia kepadaku. Andai dia adalah jodohku sehingga nafasku yang terakhir, Kau jagalah dia dan pertemukanlah kami suatu hari nanti. Lindungi lah dia dari sebarang merbahaya dan jika ada yang ingin menyakiti isteriku termasuk diriku maka Engkau hindarilah.

Aku mohon Ya Allah berikan aku peluang terakhir untuk menebus segala kesilapanku terhadap isteriku. Jadikanlah aku seorang yang penyabar dan seorang yang mampu untuk menjaga amanahMu buat aku Ya Allah. Bawalah Hadeeqah pulang kepadaku".

Kaki dibawa melangkah turun ke tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki dibawa melangkah turun ke tingkat bawah. Kelihatan Mak Jah sedang menyusun pinggan dan cawan di meja makan. Mak Jah membawa pandangan memandang Ammar yang sedang menuruni tangga sambil tersenyum. Segak sungguh! Ammar membalas senyuman Mak Jah lalu meletakkan blazer dan brief case di sofa yang terletak di ruang tamu. Langkah dibawa menuju ke arah meja makan. Anak mata melihat hidangan sarapan yang dimasak oleh Mak Jah. Aroma nasi lemak ayam berempah menusuk hidung Ammar. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan dengan selesa

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now