Bab 53

1.1K 24 3
                                    


༆Happy Reading༆

Sebaik sahaja keluar dari pejabat imigresen, Hadeeqah dikejutkan dengan panggilan dari Mak Tok. Selesai meletakkan Adrith di dalam car seat, badan dibawa melangkah masuk ke dalam perut kereta. Penghawa dingin dinaikkan ke suhu paling sejuk.

Sekejap sahaja masa berlalu, sedar tak sedar sudah 2 minggu Hadeeqah berada di Kuala Lumpur. Menguruskan hal visa dia dan Adrith benar-benar memakan masa. Nasib Adrith tidak meragam, bukan main seronok dia dilayan oleh beberapa pegawai wanita imigresen tadi. Mereka tidak habis-habis memuji kecomelan Adrith. Sehingga ada yang berdoa supaya kecomelan Adrith berjangkit dengan anak yang berada di dalam kandungan seorang daripada pegawai wanita tadi.

Hadeeqah yang sedang mendukung Adrith sambil menjinjit dua beg plastik berisi buah-buahan terkejut apabila melihat Mak Tok dan Khaleef yang sedang berdiri di hadapan rumah. Keriangan suara Adrith apabila melihat Khaleef mengejutkan mereka berdua. Hadeeqah memandang pelik akan kehadiran Mak Tok.

"Bila Mak Tok sampai?", soal Hadeeqah sambil mengeluarkan kad akses yang berada di dalam card holder berjenama YSL. "Tak bagi tahu Dee pun nak datang".

"Haih salah ke Mak Tok nak datang rumah Dee, entah rasa bosan pulak duduk dekat kampung. Sunyi je tak ada Dee dengan Adrith, rindu nak dengar suara Adrith", balas Mak Tok. Khaleef membuka dakapan untuk mendukung Adrith. Dicium berulang kali wajah Adrith, sungguh dia rindu akan Adrith. Dia sudah menganggap Adrith seperti anak nya sendiri walaupun mereka tiada ikatan lansung. Entah kenapa Khaleef seolah-olah ada attachment issues bersama Adrith, ragaman dan esakkan Adrith pasti akan terhenti apabila dipujuk oleh Khaleef. Terkejut juga Hadeeqah pada mula melihat Adrith dan Khaleef yang begitu rapat seperti anak dan bapa.

Usai menikmati makan tengah hari, Khaleef meminta diri untuk pulang ke hotel. Dia ingin berehat kerana lusa dia bakal terbang ke jordan bersama ibu bapa nya. Banyak lagi hal yang belum dia selesaikan jadi lebih baik dia pulang untuk berehat dan bersiap sedia. Mak Tok yang baru sahaja selesai menunaikan solat asar memandang Hadeeqah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Dee sini kejap", panggil Mak Tok. Hadeeqah menutup bekas berisi kerepek ubi dan bangun menuju ke arah Mak Tok yang berada di dalam bilik. Dia duduk bersila di sisi Mak Tok sambil tersenyum.

"Ye kenapa Mak Tok?". Diusap lembut rambut Hadeeqah dengan penuh rasa kasih sayang. Mak Tok berharap Allah akan melembutkan hati Hadeeqah untuk memaafkan kedua ibu bapa nya.

"Dee apa kata esok kita pergi melawat umi dan walid? Kesian umi rindu Dee sampai sakit. Dee tak sayang umi ke?", soal Mak Tok dengan nada memujuk. Luntur senyuman Hadeeqah apabila mendengar pujukkan Mak Tok. Bukan dia tak rindu akan Puan Wardina, tetapi dia masih tidak kuat untuk berdepan dengan mereka. Bayangkan beberapa belas tahun dia membesar seorang diri tanpa umi dan walid di sisi. Bukan mudah untuk dia maafkan mereka namun ada benar kata Mak Tok.

Dipandang kelat wajah Mak Tok, Hadeeqah terdiam seketika. Hati berasa was-was dia takut jika dia pulang berjumpa dengan Puan Wardina dan Encik Azman mereka akan memperlakukan Hadeeqah seperti dahulu. Hadeeqah gusar jika kepulangan nya tidak akan disambut oleh umi dan walid lebih-lebih lagi Haider.

"Inshallah Mak Tok tengoklah macam mana. Bukan Dee tak sayang umi tapi entah lah. Dee tak ready lagi nak jumpa umi", balas Hadeeqah bersahaja. Dia keliru dan buntu pada masa yang sama. Kepala Hadeeqah dibawa baring di atas peha Mak Tok sambil rambut dielus lembut disebalik jari jemari tua itu. Kedua mata terasa berat apabila rambut dielus lembut oleh Mak Tok. Otak melayang-layang memikirkan kata-kata Mak Tok. Risau jika dia masih tidak diterima oleh umi dan walid. Bukan nya dia tak sayang tetapi hati masih sakit dengan segala perbuatan dan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now