Bab 46

816 19 0
                                    

༆Happy Reading༆

Ketiga mereka sedang menikmati makan malam berlatarkan pemandangan indah dari kawasan rumah Hadeeqah. Memandangkan rumah Hadeeqah terletak di kawasan yang sedikit berbukit jadi pemandangan laut yang biru dan kota kecil yang terletak tidak jauh dari situ jelas kelihatan dari view belakang rumah Hadeeqah.

Sewaktu membawa diri untuk menenangkan hati dan luka nya ke negara asing, Hadeeqah serta merta jatuh cinta dengan keindahan negara itu begitu juga dengan penduduk nya yang ramah dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Dia mengambil keputusan untuk menetap di Turkey dan membesarkan putera nya di sini.

Hadeeqah lebih memilih kehidupan yang sederhana dan dia tidak mahu tinggal di kota yang besar dan padat, akhirnya dia membawa diri di sebuah kota kecil yang diberi nama Urla, Izmir. Kota yang tidak begitu jauh dari bandar, salah satu sebab mengapa Hadeeqah memutuskan untuk menetap di kota itu adalah kerana pemandangan nya yang dikelilingi laut biru dan juga kemudahan yang banyak seperti hospital,supermarket dan sebagainya.

"Sedap betul masakkan awak Dee, saya ingat lagi dulu awak pernah hantar gulai masak lemak ketam dekat umi. Ya Allah sedap gila saya rasa nak bawak je pinggan tu pergi rumah Mak Tok. Nanti minta lagi sebab sedap sangat!", puji Khaleef. Hadeeqah tersengih malu apabila mendengar pujian Khaleef. Dahulu sewaktu tinggal di kampung selama 6 bulan, Hadeeqah sering juga meluangkan masa bersama Khaleef itu yang sampai tersuka.

Mereka menjamu selera masakkan yang dimasak oleh Hadeeqah. Dia menyediakan masakan khas traditional Turkey iaitu kebab. Khaleef begitu selera sekali menjamu masakan Hadeeqah. Mak Tok tersenyum apabila melihat gelagat Hadeeqah dan juga Khaleef. Macam sesuai pula mereka berdua ni. Bukan Mak Tok tidak mengenali Khaleef, wanita tua itu tahu segala tentang Khaleef dan juga keluarga nya. Khaleef lahir dari keturunan yang baik belaka dan lihat lah dia yang selalu menjadi rebutan gadis tetapi malang nya tidak seorang pun yang mampu menambat hati nya.

"Macam mana korang berdua tahu Dee duduk sini?", soal Hadeeqah dengan curiga. Khaleef yang sedang mengigit kebab kambing terus tersedak kecil apabila mendengar pertanyaan Hadeeqah.

Khaleef memandang Mak Tok lalu berdehem kecil dan berkata

"Kita orang mintak tolong dengan polis Turkey untuk cari awak", usik Khaleef. Hadeeqah berdecit sambil menjeling Khaleef. Mak Tok tergelak apabila mendengar gurauan Khaleef. Telinga dipiat oleh Mak Tok, ada sahaja nak kena kan cucu nya.

"Okay sebenarnya saya minta tolong kawan saya. Saya pernah ternampak post instagram awak dulu tak silap saya last year, awak upload gambar laut kan? Saya macam kenal pemandangan tu, so bila saya check rupanya dekat Marmara. Saya tahu sebab saya pernah pergi situ. Dulu waktu saya belajar kat Mesir, every time kalau cuti saya akan pergi road trip dekat kawan saya dekat Turkey", Hadeeqah mengangguk tanda faham.

"Ha macam mana saya tahu exactly awak duduk mana tu sebab saya mintak tolong kawan saya carikan, okay kali ni betul kawan saya tu memang polis dekat sini. Saya bagi gambar awak dekat dia, kebetulan isteri dia meniaga dekat pasar minggu yang awak selalu pergi tu. So dari situ lah dia tahu awak tinggal dekat mana. Lagi pun saya jual nama Mak Tok supaya dia boleh tolong saya cari awak. Saya cakap Mak Tok dah rindu mati dekat cucu kesayangan dia", jelas Khaleef lalu diakhiri dengan sengihan. Mana tidak nya, Mak Tok tak habis-habis meminta pertolongan Khalerf untuk mencari keberadaan Hadeeqah.

"Bertuah punya budak nama aku jugak kau jual!", bahu Khaleef ditepuk oleh Mak Tok. Ruang makan dipenuhi dengan gelak tawa. Sudah lama Hadeeqah tidak merasai suasana gembira seperti ini.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now