Bab 59

852 23 2
                                    


༆Happy Reading༆

Hadeeqah hanya mendiamkan diri di meja makan, umi dan Mak Tok bertentang mata lalu memandang Hadeeqah yang sedang menguis nasi di dalam pinggan. Ammar yang sedang duduk di hadapan Hadeeqah turut memandang isteri nya yang sedang mendiamkan diri.

"Dee, kenapa tak makan nasi tu? Tak sedap ke lauk umi masak?", soal umi dengan risau. Hadeeqah tersedar dari lamunan lalu memandang Puan Wardina. Dia menggeleng lalu memberikan senyuman kepada umi. Sungguh dia tiada selera untuk makan lebih-lebih lagi kerana Ammar yang dari tadi tidak berhenti memandang Hadeeqah. Bukan nya dia tidak perasan!

Hadeeqah mencapai segelas sirap yang berada di tepi pinggan lalu diteguk dengan rakus. Dia terus bangun dari kedudukan sambil memegang pinggan yang berisi beberapa suap nasi. Mereka yang berada di meja makan mengangkat pandangan memandang Hadeeqah. Mak Tok mengeluh kecil melihat tingkah laku Hadeeqah, dia faham yang cucu nya tidak selesa dengan kehadiran Ammar tetapi takkan Mak Tok ingin menghalang Ammar dari berjumpa dengan Hadeeqah.

Adrith yang sedang nyenyak tidur di atas katil dihampiri Hadeeqah. Tudung sarung di kepala ditanggalkan, tubuh direbahkan di sisi si kecil. Dipandang dengan penuh kasih sayang wajah gebu Adrith, hidung si kecil dicuit perlahan oleh Hadeeqah. Hadeeqah mengeluh berat sambil memandang siling kayu bilik tidur nya. Fikiran terganggu dengan kehadiran Ammar, sekarang ini dia sedang buntu dan dilemma. Hadeeqah ingin tahu apa lagi helah dan muslihat Ammar. Memandang wajah Ammar membuatkan Hadeeqah teringat akan kejadian lampau, tidak dinafikan dia masih sayang dan cintakan Ammar tetapi dia belum mampu untuk memaafkan Ammar.

Lamunan Hadeeqah terhenti apabila pintu bilik diketuk dari luar. Dia cepat-cepat menyarung tudung dan bangun dari pembaringan. Pintu dibuka dan kelihatan Ammar sedang berdiri di daun pintu. Hadeeqah memandang Ammar yang sedang memakai t-shirt hitam dan kain pelikat berwarna coklat. Kedua bola mata menjeling malas Ammar, Mak Tok menghampiri kedua pasangan itu sambil membawa dua biji bantal dan selimut.

"Ni Am selimut dengan bantal, bantal dalam tu Mak Tok guna untuk Adrith. Risau pulak dia jatuh ke apa nanti tu yang Mak Tok letak banyak bantal keliling dia", Ammar mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepada Mak Tok. Belum sempat Ammar ingin melangkah masuk ke dalam bilik, Hadeeqah cepat-cepat menghalang suami nya untuk masuk.

"Eh eh nak buat apa masuk?", soal Hadeeqah dengan selamba. Mak Tok terus mengerutkan dahi apabila mendengar soalan cucu nya. Ammar terdiam lalu memandang wajah Mak Tok, dia tidak tahu ingin menjawab apa.

"Lah budak bertuah ni boleh tanya pulak nak buat apa masuk. Nak masuk tidurlah takkan menoreh getah pulak dalam bilik tu", perli Mak Tok dengan nada gurauan. Hadeeqah terus membulatkan mata lalu menggeleng laju.

"Kenapa pulak dia kena tidur sebilik dengan Dee? Suruh lah dia tidur bilik kat dapur tu kan ada? Tak pun bilik dekat depan ni?", Mak Tok membulatkan mata apabila mendengar soalan selamba cucu nya. Eh eh Hadeeqah Ilyana ni apa punya soalan lah!.

"Bilik dekat dapur tu Mak Tok dah siapkan untuk abang kamu kejap lagi dia sampai, bilik yang dekat dapur tu kan untuk umi dengan walid. Takkan lah Mak Tok nak bagi Ammar tidur dekat ruang tamu pulak, lagi pun kamu kan bini dia apa salah nya dia tidur sebilik dengan kamu?", Ammar hanya menggaru kepala apabila mendengar bantahan Hadeeqah. Sungguh badan nya terasa penat dan letih, dah kena hadap free show depan bilik pulak.

"Biar jelah dia tidur dekat ruang tamu apa masalah nya? Tak pun macam ni, bagi dia tidur dalam bilik ni. Dee dengan Adrith tidur dalam bilik Mak Tok. Ha Dee dah lama tak tidur dengan Mak Tok kan", tangan Mak Tok dipaut lembut oleh Hadeeqah. Bukan Mak Tok tidak tahu yang Hadeeqah sedang membodek, mengelat tidak mahu sebilik dengan Ammar.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now