Bab 23

1.3K 19 0
                                    

༆Happy Reading༆

Pejam celik pejam celik sudah hampir satu minggu Hadeeqah dan Ammar meluangkan masa mereka di kampung. Ammar harus bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas menerima panggilan dari Sofrina.

"Nanti Mak Tok datang sana tau, tidur rumah Am", pelawa Ammar sambil memakai kasut.

"Hmm iyelah inshallah nanti Mak Tok datang melawat kamu berdua pulak. Hati-hati drive Am kalau mengantuk berhenti tepi", nasihat Mak Tok. Ammar mengangguk kecil, luggage bersaiz medium milik Hadeeqah diangkat dan diletakkan di dalam bonet.

Ditarik lembut tubuh Hadeeqah ke dalam pelukan. Macam biasa rasa sedih ditinggalkan oleh cucu kesayangannya dirasai oleh Mak Tok. Hadeeqah memeluk erat Mak Tok sambil tersenyum manis. Pelukan erat sebagai bekal jika Hadeeqah merindui Mak Tok.

"Mak Tok hati-hati duduk rumah sorang-sorang, balik je kedai atau surau jangan lupa kunci pintu tau. Apa-apa call Dee ye, ni ada duit belanja sikit untuk Mak Tok", Hadeeqah menghulurkan sampul surat yang berisi duit. Walaupun Mak Tok mempunyai pendapatan sendiri, apa salah nya Hadeeqah ingin menghulur sedikit.

"Eh budak bertuah ni tak payahlah. Mak Tok ada duit belanja lagi ni ha, duit kebun getah tu pun ada banyak lagi. Tak mau lah Mak Tok ni amik simpan duit ni", dia memberikan semula sampul duit kepada Hadeeqah.

"Amboi macam banyak sangat duit Mak Tok eh sampai tak sudi terima duit dari Dee", cebik Hadeeqah. Mak Tok menjeling cucunya manja lalu mahu atau tidak dia harus menerima pemberian Hadeeqah.

"Iya lah aku amik, terima kasih Dee dan Ammar sudi datang kampung jenguk Mak Tok. Nanti balik sini lagi haraplah bukan berdua lagi tapi bertiga. Balik elok-elok ye Dee, Am nanti dah sampai KL bagi tahu Mak Tok", Hadeeqah faham akan maksud Mak Tok lalu mengangguk kecil.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, kedua mereka hanya mendiamkan diri tanpa memandang wajah satu sama lain. Ammar yang ingin memecahkan kesunyian terus membuka bicara dengan berkata

"Mak Tok tu memang expect cicit dari kita ke eh?", soal Ammar secara tiba-tiba. Hadeeqah yang sedang bersandar di tepi tingkap terus mengangkat wajah memandang Ammar yang sedang fokus memandu. Ini dah kenapa tiba-tiba tanya macam ni?

"Siapa je tak expect cicit awak, abang dengan kakak saya pun belum kahwin lagi. Mama papa pun expect cucu dari kita tapi awak faham-fahamlah sendiri Ammar hubungan kita ni macam mana", balas Hadeeqah lembut. Terselit sedikit riak kekecewaan di raut wajah.

"Kau tak nak ada anak dengan aku ke?", soalan Ammar membuatkan Hadeeqah terkejut hebat. Bukan ke Ammar yang menolak, tidak mahu Hadeeqah menjadi ibu kepada anak-anak nya?

"Haish awak ni macam mana nak ada anak kalau awak pun tak cintakan saya? Siapa je tak mahu jadi seorang ibu? Saya pun nak tapi buat masa sekarang ni saya tak nak. It's not that I'm not willing to be a mother tapi ...... Tak apalah Am nanti kalau awak dah bertemu dengan cinta hati awak yang sebenar, saya doakan awak dan si dia dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah", jelas Hadeeqah lalu menundukkan kepala. Jauh di dalam sudut hati, Hadeeqah ingin menjadi ibu kepada anak-anak Ammar.

Bukan Hadeeqah tidak mahu tetapi bagaimana jika Ammar akan meninggalkan dia kelak? Hadeeqah tidak mahu anaknya digelar sebagai anak yang tidak mempunyai seorang bapa.

Ammar mengangguk perlahan tanpa memandang wajah Hadeeqah di sebelah, entah kenapa hati nya diserbu rasa sebak dan bersalah. Kejadian lalu masih menghantui hidupnya sehingga membuatkan hati dan perasaan sukar untuk menerima Hadeeqah sebagai isterinya yang sah.

Aku Yang Salah [OG]Where stories live. Discover now