Kaki mengorak langkah mengikuti dua sahabatnya mencari bahan memasak. Bahu Aulia dicuit perlahan.
"Korang beli lah eh. Aku nak pergi jalan jalan dulu."Mereka berdua menganguk saja dan aku melangkah keluar dari situ untuk mencari cafe.
Diatur langkah masuk ke dalam cafe dan didekati ke arah kaunter.
"Ya cik ada apa yang boleh saya bantu?" Ramah penjaga kaunter tu bertanya. Dilihat name tag disitu adalah Humairah.
"Saya nak milo ais satu." Aku ukir senyuman manis sambil menghulurkan duit dan Humairah menganguk dengan menerima huluran ku.
"Cik sila duduk dulu ya." Aku segera mendekati meja yang kosong dan dilabuhkan pungung di kerusi.
Sambil leka aku bermain telefon tidak sedar bahawa milo ais ku sudah siap. Aku mengucapkan terima kasih dan segera bangun keluar dari cafe.
Aku keluar bergitu saja sehingga aku terlanggar seseorang dan air milo ku tertumpah sedikit ke atas baju nya.
"Shit, you dont have eyes milo?" Datar dan garau saja suara nya. Aku dongak memandang jejaka yang tinggi lampai ni. Kaca mata hitam terletak cantik di atas batang hidung nya.
"What you call me? Milo?" Wajah yang tidak senyum tu pandang ke arah ku dengan tiada riak.
"Yes milo. My clothes are dirty because of you" kaca mata hitam nya dibuka kasar dan mata kelabu tu menajam ke arah ku disebabkan cahaya matahari jelas anak mata nya terang. Teguk air liur dibuatnya.
"Balik basuh jelah." Banyak songeh pula mamat ni. Sikit ja pun.
"Do you remember that I had time to go back to wash in a moment? I have a meeting." Rahangnya bergerak gerak menandakan dia marah. Aku yang tengok dah gerun dah.
"Okeyh encik saya minta maaf. Nak saya belikan baru ke?" Terukir senyuman sinis di bibir merah jejaka ni.
"Do you want to know how much this shirt costs? It's rm450. Can you pay?" Ternganga aku mendengar harga baju kemeja ni saja.
"Eh encik ni. Baju apa yang mahal sangat ni. Encik jangan nak tipu saya." Aku tak percaya! Mesti jantan ni saja nak scam aku.
"You remember I have time to cheat? Give me your phone number." Aku dah pelik. Dah pehal nak ambil nombor aku pula.
"Dah kenapa nak ambil nombor saya pula. Encik jangan macam macam!" Lelaki tu berdecit sinis.
"Aku nak tuntut ganti rugi." Lah boleh pulak cakap melayu ingatkan tak pandai cakap melayu mamat ni.
"Tapi kan saya dah minta maaf." Aku masih tak puas hati.
"Kau ingat dengan maaf kau boleh hilangkan kotor baju dekat aku ni?" Jejaka tu menghulurkan tapak tangannya meminta telefon. Aku mahu tidak mahu akhirnya pasrah juga.
Lincah jari jejaka tu di skrin telefon dan tiba tiba kendengaran bunyi deringan telefon seseorang. Dia keluarkan iphone 13 miliknya.
"See you milo." Diserahkan balik telefon tu pada ku dan dia terus beredar. Aku hela nafas kasar. 450 weihhh mana nak cari ni sudahlah kerja pun tak cari lagi.

YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomansaAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...