Sebulan telah berlalu, Luqman serta Aydan juga sudah berjumpa dengan orang tua Sumayyah dan Aulia.
Kini tibalah dimana kedua gadis tu akan disatukan bersama lelaki yang dicintai. Akad nikah akan dilangsungkan di masjid.Majlis diadakan di kampung tiga gadis tu.
"Sayang" panggil Aizat dan aku menoleh ke arah punca suara. Sosok tubuh yang memakai baju melayu bewarna baby blue yang sama dengan ku segera didekati.
"Ya abang kenapa panggil?" Aizat ukir senyuman manis nya.
"Sekejap lagi lepas diorang dah sarung cincin. Jumpa abang dekat tanah lapang dekat tepi tu ya." Aku menganguk faham.
"Fiza masuk dalam dulu." Aizat hanya memandang isterinya yang cantik mengenakan baju baby blue tu.
Tidak dinafikan hatinya sudah terpaut dengan Fiza. Setiap hari semakin bertambah kasih sayang nya terhadap si isteri. Tidak dapat melihat wajah tu sehari mampu buatkan dia rindu.
"Alhamdulillah korang dua dah jadi isteri orang." Ujar ku dan mereka berdua tersenyum manis.
"Hilang dah status single aku" Mereka berdua tergelak mendengar kata Aulia.
"Okey lah aku nak pergi jumpa suami aku kejap. Bising pula dia nanti kalau lambat." Sumayyah dan Aulia menganguk.
"Tahniah bro dah jadi suami orang. Cepat cepat bagi anak buah." Luq menjeling ke arahnya.
"Kau tu yang kena bagi dulu yelah kau kan dah lama kahwin." Aizat mengemam bibir nya.
"In shaa Allah lagi 8 bulan ja lagi." Terkejut mereka berdua sebelum menepuk bahu Aizat.
"Congrat bro. Jaga baik baik kandungan bini kau tu." Tutur Aydan dan Aizat menganguk.
"Aku nak pergi dekat isteri aku kejap." Aizat segera bangun untuk ke tanah lapang yang berada di belakang masjid.
"Sayang" didekati isterinya yang sedang bermain telefon. Gadis tu segera memandang nya dan telefon tadi dimasukkan di dalam bag sandang.
"Abang ada nak cakap apa apa ke?" Aizat menganguk disertai senyuman manis nya.
"Sekarang kita dekat mana?" Soal Aizat dan aku berkerut dahi.
"Dekat masjid rumah Allah."
"Jadi dekat rumah Allah ni lah abang nak ucap terima kasih dekat sayang sebab sudi jadi isteri abang dan bakal jadi ibu untuk anak kita ni." Perut isterinya yang masih tidak besar tu disentuh olehnya.
"Tak pernah sehari pun perasaan kasih sayang abang pudar untuk sayang malah semakin bertambah. Abang minta maaf kalau selama kita kahwin abang terabaikan sayang ke, marah sayang atau sebagai nya. Abang minta maaf ya." Dicium ubun ubun isterinya.
Aku sudah mahu menangis mendengar kata kata Aizat. Tangan jejaka tu yang mengengam tangan ku dibalas dengan lebih erat.
"Sama sama. Abang tak ada salah pun dekat Fiza. Sepatutnya Fiza yang berterima kasih dekat abang sebab tak pernah berkasar dengan Fiza. Fiza pun sayangkan abang, terima kasih sebab hadir dan jadi suami yang baik. I love you so much abang sayang." Diukir senyuman manis nya buat si suami.
"Ya Allah sayang jangan buat abang lemah dekat sini. I love you more than you love me babygirl." Ubun ubun isterinya dicium lama dan turun kedua pipi gebu tu.
"No matter what happen, i will stay love you Mrs.Shafiza Nerissa" jejaka tu memandang tepat ke arah mata cantik isterinya.
"Same with me Mr. Bryan." Kata ku dan dia tergelak kecil.
"I fall in love with you again and again sayang. Don't leave me and stay with me until Jannah. No one can replace you, sayang."
TAMAT
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...