"Boss" panggil ku dan diatur langkah masuk ke dalam bilik nya.
"Nak apa?" Aizat mengalihkan pandangan dari telefon dan kini tumpuan nya ke arah ku.
"Boleh tak saya nak balik. Pening kepala lah." Bukan mahu minta perhatian tapi memang betul dia sakit kepala.
"Pergilah." Selamba dia menghalau. Aku segera mengatur langkah untuk pulang.
"Eh Fiza" Akak Laila memegang lengan ku erat apabila terasa hendak tumbang.
"Fiza okeyh tak ni? Dahi panas." Jelas diwajah akak Laila risau dengan keadaan PA boss nya.
"Fiza okeyh cuma pening kepala." Mungkin terlalu lama menghadap skrin laptop dan ipad.
"Nak akak bagitahu boss?" Aku mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa.
"Saya dah bagitahu nak balik dan dia izinkan." Aku ukir senyuman nipis.
"Macam mana Fiza nak balik dengan sakit kepala macam ni. Bahaya tau. Akak bagitahu boss eh." Akak Laila mahu melangkah pergi memanggil Aizat namun pantas aku menghalang.
"Tak apa akak tak payah." Aku pegang dinding. Akak Laila yang melihat Fiza mahu jatuh segera memegang namun tubuh tu rebah juga.
"Fiza!" Ditepuk tepuk pipi tu untuk menyedarkan nya. Pantas telefon dikeluarkan untuk menelefon boss nya.
"Boss, Fiza pengsan dekat depan kaunter saya." Aizat segera bangun berlari keluar dan didekati ke arah Fiza yang berada di pangkuan Laila.
"Eh boss nak bawa Fiza pergi mana?" Tanya akak laila hairan.
"Nak hantar dia balik rumah lah." Akak Laila tersengih dan menganguk. Aizat segera membawa tubuh kecil tu ke dalam lif dan ditekan butang turun ke tingkat bawah.
"Buat kerja!" Tergopoh gapah staff nya menyambung kerja semula.
Pintu dibuka dan diletakkan Fiza secara perlahan lahan. Dia berlari ke arah pintu pemandu.
Dahi tu disentuh olehnya dan terasa panas. Mungkin disebabkan terlalu lama menghadap skrin laptop dan ipad.
PERLAHAN lahan mata dicelikkan dan mata memandang wajah dua sahabat ku yang jelas menunjukkan mereka berdua risau.
"Fiza, kau okeyh? Masih sakit kepala?" Tanya Aulia dan dibantu aku bangun bersandar di kepala katil.
"Masih sakit sikit. Siapa hantar aku balik?" Dipandang wajah mereka berdua silih berganti.
"Aizat. Dia bagitahu boss kitorang dua yang kau pengsan. Kami pun apa lagi cau balik lah." Jelas Aulia dan aku tergelak kecil.
"Baik jugak mamat beku tu ingatkan tak kesah." Kata ku.
"Maksud kau?" Soal Sumayyah ingin tahu.
"Masa aku nak balik tadi dia cuma cakap, pergilah." Terangguk angguk kepala mereka berdua.
"Diam diam care. Biasalah laki kan ego." Ujar Aulia dan aku angkat bahu.
"Ni Aizat ada belikan ubat dan dia suruh kau makan lepas kau sedar" Sumayyah menunjukkan plastik ubat tu.
"I don't like it" aku paling tak suka ialah ubat! Pahit berdengung.
"Tak suka ke suka ke kau tetap kena makan!" Tegas suara Sumayyah dan bercekak pinggang.
"Taknakk" rengek ku dan Sumayyah menjengilkan mata nya.
"Nak aku call Aizat?" Ugut Sum. Aku menjuihkan bibir. Mahu tak mahu dianggukan juga daripada kena marah dengan singa tu baik dia redahkan juga untuk makan ubat yang pahit ni!.
"Ugut nak call Aizat baru tau takut eh." Aulia tersenyum mengusik. Aku memasamkan wajah.
Bukan takut tapi dia yang menakutkan. Mahu tak getar lutut aku ni bila dia jerkah. Sudahlah tinggi nasib tak besar gajah ja kalau tak dah lama aku jadi lemper dekat bawah tanah.

YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...