Aku menatap tanah yang masih merah tu. Baru nisan ibu dan abah diusap perlahan.
"Adik minta maaf sebab adik tak balik masa ibu rindukan adik. Sekarang ibu dengan abah dah tinggalkan adik. Dengan siapa lagi adik nak bermanja lepas ni?" Air mata yang mahu mengalir dikesat kasar.
Aizat setia menunggu agak jauh sedikit dengan kaca mata hitam terletak cantik di atas batang hidungnya.
"Adik balik dulu ya bu, abah. Nanti adik datang lagi." Aku bingkas bangun dan mendekati ke arah Aizat. Ditoleh sekilas ke belakang.
Masuk saja ke dalam kereta aku melepaskan nafas berat. Bahu ku ditolak perlahan oleh Aizat untuk bersandar.
"Sleep." Jaket diletakkan di atas badan Fiza. Dia tahu gadis tu masih tidak dapat menerima dengan apa yang baru terjadi dan dia perlukan rehat yang secukupnya.
Aku pejamkan mata untuk tidur kerana Aizat tidak suka orang melanggar cakap nya.
KAMI berdua melangkah keluar dari kereta dan didekati ke arah orang ramai.
"Pergi bandar cari jantan rupanya sampaikan mak bapak dah meninggal baru nak balik." Kata Mina yang tidak suka dengan Fiza.
"Mulut kau jaga sikit sebelum pelempang ni hinggap dekat muka kau." Datar suara Aizat berkata.
"Tak payah nak backup sangat lah perempuan ni. Kalau hang nak tau perempuan ni perempuan murah! Balik bawa jantan apa nak jadi hah?!" Mak timah menunjal kepala ku berkali kali. Aizat menarik aku ke belakang nya.
"Kalau makcik datang sini nak buat kecoh baik balik lah. Hormat sikit orang yang baru meninggal. Saya bukan nak berkurang ajar tapi kami tak terima tetamu macam makcik dan anak makcik. Jadi dengan segala hormat nya sila berambus." Tenang Aizat berkata. Makcik Timah dan anak nya beredar dengan perasaan geram. Aku dongak memandang Aizat.
"Awak, terima kasih sebab tolong." Aizat menoleh dan mengukir senyuman nipis. Terpana seketika aku melihat senyuman nya.
"It's okeyh just a little bit problem." Katanya.
KERUSI kayu yang dibuat oleh abah diduduki oleh ku.
"Malam ni awak nak tidur dekat mana?" Soal ku sambil melihat nya.
"Tidur dalam kereta lah takkan nak tidur dengan kau bukan halal." Balasnya dan menampar nyamuk yang hinggap di lengan sasa nya.
"Kasihan pula dekat awak kena tidur dekat dalam kereta dengan nyamuk banyak." Jejaka tu menoleh ke arah ku.
"Benda biasa ja. Kau pergilah masuk tidur." Aku bingkas bangun dari duduk.
"Goodnight boss" jejaka tu menganguk saja dan memandang pintu rumah tu ditutup rapat.
PAGI itu aku mengetuk cermin tingkap kereta miliknya dan berhasil mengejutkan tuan empunya badan.
"Ni tuala, awak pergilah mandi dulu." Jejaka tu mengeliat kecil dan keluar dari kereta nya. Tuala tu diambil dari tangan Fiza.
"Kau ada ubat gatal?" Aku menganguk.
"Ada sekejap lagi saya bagi tapi pergilah mandi dulu saya tunggu diluar." Aizat segera melangkah masuk ke dalam rumah dan aku duduk dikerusi kayu.
"Nah mopiko. Jangan letak banyak sangat panas nanti." Aizat menyambut huluran ku.
"Macam mana lah kau tinggal dekat sini dengan nyamuk banyak." Aku tergelak kecil.
"Saya dah dari kecil dibesarkan dekat sini jadi kalau nyamuk ke apa dah biasa dah. Paling parah kalau elektrik tiba tiba terpadam masa hujan lagi banyak nyamuk." Aizat angguk faham.
"Yang kau cakap padi tu mana?" Soalnya bila teringat tentang padi haritu.
"Tu, tapi kena tunggu dia kuning dulu baru nanti ada mesin padi ambil." Aku menunjuk ke arah sawah padi yang masih hijau.
"Mesin padi tu apa pula?" Aku menoleh ke arah nya.
"Mesin padi tu untuk ambil padi dan padi yang telah ambil akan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke kilang untuk proses jadikan beras." Jelaskan ku.
"Ouh baru aku tau selama ni aku tau makan ja." Terlepas ketawa kecil dari bibir ku.
"Patutlah berisi dah kerja makan." Aizat pandang kosong ke arah ku.
"Aku bukan berisi tapi tegap. Sixpack pun ada nak tengok?" Dia tersenyum mengusik.
"Eish! Taknak. Tak ingin." Aku menjeling tajam ke arah nya.
"Yeke milo?" Dia masih mau mengusik.
"Aizatttt" jejaka tu hanya tersenyum sinis saja dan kembali fokus pada lengan nya yang merah.
![](https://img.wattpad.com/cover/319711946-288-k807190.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...