Aku menyembamkan muka di meja. Mengantuk kerana semalam tidak dapat tidur disebabkan hujan yang lebat disertai guruh. Sudahlah aku takut dengan guruh.
"Fiza, ke bilik aku sekarang!" Aku bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik untuk ke biliknya.
"Kenapa semua salah ni? Berterabur sana sini! Aku nak kau buat balik selagi tak siap jangan balik faham!" Tegas suara nya.
"Sorry boss" aku ambil file tu dan ke bilik semula untuk membuat semula.
SETELAH siap membuat file tu semula. Mata yang mengantuk akhirnya terlelap juga.
Aizat pandang ke arah Fiza yang tidur. Terasa mahu berangin satu badan bila ada yang curi tulang ketika bekerja.
Pintu bilik Fiza dibuka bergitu saja dan didekati ke arah sinki untuk membasahkan tangan nya.
Meja tu diketuk dan sebaik Fiza mengangkat muka, Aizat mengusap seluruh wajah tu dengan tangan basahnya.
"Apa ni boss sejuk lah!" Hilang terus mengantuk aku dan dipandang wajah beku Aizat.
"Ni office bukan tempat tidur. Nak tidur balik rumah." Aku mengetap bibir menahan geram. Jejaka tu keluar bergitu saja.
"Haa ibuuu adik mengantuk." Rengek ku seorang diri.
"Bosss" Aizat mengangkat kening nya menandakan apa.
"Bagilah saya tidur sekejap boss. Mengantuk nii." Tolong lah cair dengan rengekkan aku niii.
"Bagi file then kau boleh tidur dekat sofa tu."Tersenyum aku mendengar dan memberi file tersebut sebelum berlari kecil ke arah sofa.
"Nanti kejut tau." Ditolehkan wajah ke arah sofa agar muka nya terlindung.
"Hm" Aizat hanya bergumam saja sambil mata memandang file tu.
Fiza? Dibiarkan saja gadis tu tidur di sofa. Dia juga mempunyai belas kasihan bukan tidak berhati perut.
AIZAT mendekati ke arah Fiza yang sedang tidur nyenyak. Coat dibuka dan diletakkan di atas badan nya.
Dia kembali ke meja kerja untuk menyiapkan kerja nya yang masih banyak. Sesekali mata nya memandang ke arah Fiza yang tidur.
"Fiza bangun." Kejut Aizat namun gadis tu langsung tidak menunjukkan tanda yang dia mahu bangun.
"Fiza bangun dah pukul 6. kau nak tidur sampai malam ke apa." Ditepuk bahu tu perlahan dan dia terdiam bila tangannya digengam lembut oleh Fiza.
"Kejap lagi lah buu" tidak berkelip mata nya memandang tangan yang digengam oleh gadis tu. Ditarik perlahan tangannya.
"Shafiza Nerissa bangun!" Tegas suara nya dan mata tu terbuka secara perlahan lahan.
"Eh boss" tangan kanan naik mengosok mata. Tidak semena mena bibir jejaka tu mengukir senyuman kecil.
"Bangun, balik." Aizat bangun dari cangkungan dan diambil semula coat nya.
"Kenapa boss tak kejut kan tadi. Dah sampai petang saya tidur." Aku pandang dia yang membelakangi.
"Aku kasihan nak kejut kau dah tengok kau tidur pun ternganga ja." Membulat mata aku tidak terima.
"Eh boss jangan tipu saya eh. Mana ada saya tidur ternganga." Geram pula dengan mamat ni.
"Aku tau lah aku yang tengok. Sempat aku snap tadi." Katanya tanpa menoleh.
"Eish boss ni kan! Baik saya balik ja. Terima kasih sebab bagi saya tidur dekat bilik ni." Aku segera berlalu keluar. Malas hendak berlama lama. Aizat menoleh sekilas ke belakang dan tergelak kecil.

YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...