BAB 11

5.2K 232 0
                                    

"boss taknak cuba minum milo?" Jejaka tu mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Aku tak minat." Aku juih bibir.

"Buruk kau buat macam tu." Katanya selamba dan aku menjeling tajam ke arah nya.

"Nak aku cungkil mata kau?"Dia ukir senyuman sinis.

"Eish! Baik saya pergi pantry dari duduk dengan boss sakit hati." Aku berlalu keluar dari situ.

Aku meletakkan kedua tangan di kabinet. Macam mana lah nak luluhkan hati kau wahai boss!!!.

"HAH! Mengelamun apa tu!" Sergah Laila.

"Boss! Saya suka boss!" Latah ku dan tangan naik menekup mulut. Laila mengukir senyuman mengusik.

"Ohh cik Fiza suka boss eh" usik Laila dan aku sudah gelabah. Mahu satu office ni tahu kang heboh pula.

"Mana ada" jawab ku sedikit gugup. Laila tergelak kecil.

"Apa salahnya kalau cik Fiza suka boss lagipun saya tengok cik Fiza dengan boss serasi sangat dah macam pinang dibelah dua."Katanya.

"Apa pula ni pinang belah dua lah apa lah lagipun saya ni bukan taste boss. Mana dia pandang orang macam saya." Balas ku dengan suara sedikit mengendur.

"Saya yakin cik Fiza boleh lembutkan hati boss. Tak apa saya support cik Fiza dari belakang." Laila mengusap bahu ku seakan memberi semangat.

AKU menyandarkan badan di kerusi kerja. Ditatap siling tu. Macam mana lah nak lembutkan hati beku boss tu eh.

Deringan telefon menyentakkan ku. Tersenyum aku melihat nama yang tertera. Pantas aku mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum adik, macam mana kerja okeyh ke? Ibu rindu adik bila adik nak balik sini?". Sayu saja suara ibu di corong telefon.

"Walaikumusalam bu. Adik okeyh ja dekat sini alhamdulillah sihat. Nanti adik free adik balik ya. Ibu dengan abah macam mana dekat sana?" Soal ku pula.

"Ibu dengan abah sihat ja. Ibu bukan apa, ibu takut ibu tak dapat tengok satu satunya anak ibu berumah tangga. Umur ibu dengan abah pun bukannya makin muda tapi makin tua." Aku mula sebak bila ibu menyentuh hal bergini.

"Taknak lah cakap macam tu bu. Adik doakan umur ibu dengan abah dipanjangkan dan sihat selalu. In shaa Allah ibu boleh tengok adik bahagia dengan orang yang adik sayang nanti."

"Aamiin. Ibu harap macam tu lah. Tak apa lah ibu nak masak ni nanti kita call lagi ya. Ibu sayang adik bye assalamualaikum adik sayang." Aku tersenyum.

"Walaikumusalam bu jaga diri dekat sana. Kirim salam untuk abah." Panggilan ditamatkan dan diletakkan telefon di meja.

Aku masih fikirkan apa ibu cakapkan tadi. Aku paling tak suka bila ibu menyentuh hal tadi.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Where stories live. Discover now