"kaki kau macam mana? Dah okeyh?" Tanya Sumayyah prihatin. Aku menganguk.
"Dah okeyh sikit tapi tak boleh bergerak sangat."kata ku dan memandang ke arah kaki yang masih berbalut.
"Ni ada Aizat bagi dekat kau. Dia ada kata yang kau mengadu nak kan aiskrim." Plastik diserahkan kepada ku. Huluran Aulia disambut dengan teruja.
"Yeayy aiskrim" tergeleng kepala Aulia dan Sumayyah melihat sahabat mereka yang macam budak budak.
Semalam kemain dia merayu nak kan aiskrim dekat boss nya tapi kena bluetick. Nasib harini dia belikan jugak kalau tak memang nak merajuk.
"Kang tak beli ada pula orang tu merajuk." Aku pandang geram ke arah Aulia yang mahu menyindir.
"Biarlah." Plastik ais dibuka dengan mata bersinar.
"Macam mana? Nak ambil balik job tu?" Soal Luqman dan mendekati Ayd dengan Aizat.
"Aku ikut Zat. Kalau dia on aku pun on jelah." Mereka pandang ke arah Aizat yang masih lagi diam.
"Mama aku dah larang jangan ambil job tu balik." Katanya setelah lama berdiam diri.
"Tapi masalahnya Fiza dah jadi mangsa. Lepas ni siapa pula? Sum? Aulia?" Ujar luqman. Aizat sekarang sudah buntu mahu buat keputusan.
"Lepas balik Pahang kau discuss dengan mama kau. Aku rasa dia akan setuju kalau dah melibatkan nyawa orang lain." Tenang Aydan berkata.
"Kita balik esok. Kalau stay lama lagi dekat sini silap silap kita tiga pun akan jadi sasaran." Mereka menganguk faham dengan kata kata Aizat.
"By the way, kau tak ada perasaan dekat Fiza ke? Aku tengok macam dia betul suka dekat kau. Taknak cuba buka hati?" Tanya Luqman.
"Kau ni tertinggal zaman ke apa? Sahabat kita ni dah terfalling in love dah tapi dia ego." Aizat pandang tajam ke arah Aydan dan jejaka tu melepaskan ketawa.
"Ouhh dah falling in love dah lah ni? Boleh gosip dengan Sum lepastu sampai dekat Fiza." Usik Luqman dan Aizat sudah menjeling tajam.
"Kau buatlah kalau nak tengok syarikat kau bankrup." Terukir senyuman sinis di bibir Aizat. Luqman menjulingkan matanya.
"Sikit sikit ugut kerja kau. Nyampah i" kedua tangan nya diletakkan di atas bahu. Aydan yang melihat seakan mahu termuntah.
"Gedik betul kau ni." Luqman bercekak pinggang.
"Wah wah kau cakap dengan cermin ke?" Macam lah si Ayd ni macho sangat. Bila dengan Aizat kemain manja.
"Tak sangka kau dah jadi cermin." Luqman mengepal penumbuk nya erat.
"Dah tak payah nak gaduh dekat sini." Tegas suara Aizat melarang mereka berdua dari buat kekecohan dekat dalam bilik hotel.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...